• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Individu Lagi Ditahan Dalam Ops Selat

oleh
20/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat lagi individu untuk membantu siasatan berhubung kes sindiket rasuah dalam urusan cap palsu di pintu masuk antarabangsa negara menerusi Ops Selat.

Sumber berkata, keempat-empat individu terbabit berusia antara 28 hingga 52 tahun adalah ahli sindiket terbaru yang berjaya ditahan SPRM lewat petang semalam.

“Salah seorang termasuk seorang pegawai imigresen dan tiga orang agen pekerja asing.

“Hasil pendedahan ini mendapati sindiket ini membabitkan rangkaian aktiviti jenayah penyeludupan antarabangsa khusus dari China, Vietnam, Indonesia dan Bangladesh,” katanya. 

Menurutnya, ‘setting’ di kaunter-kaunter Imigresen khusus di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2 dibuat oleh sindiket antarabangsa membabitkan ejen-ejen di luar negara. 

“Mana-mana pelawat yang disenaraihitam dan ingin masuk ke Malaysia atas aturan sindiket akan dimaklumkan nama, nombor pasport dan jadual penerbangan mereka kepada ejen-ejen di Malaysia.

“Ejen akan berhubung dengan pegawai Imigresen di KLIA dan KLIA 2 untuk mengatur (setting) kaunter yang akan membantu meloloskan pekerja asing atau pelawat asing masuk dengan mudah ke Malaysia.

“Begitu juga dengan proses keluar dari negara ini membabitkan individu yang senaraihitam, pas lawatan tamat tempoh dan pasport palsu. 

“Hanya kaunter-kaunter tertentu di KLIA dan KLIA 2 akan digunakan oleh pekerja atau pelawat asing,” katanya.

Setakat hari ini, seramai 50 individu sudah ditahan dalam Ops Selat membabitkan 28 pegawai imigresen, 17 agen pekerja asing dan 5 orang awam.

Menurutnya, lebih RM800,000 wang tunai, 26 kereta mewah dan 4 motosikal berkuasa tinggi telah dirampas. Nilai ini tidak termasuk rumah, tanah, barangan kemas dan sebagainya. 

Menurut sumber, salah seorang ejen tempatan yang membantu menyimpan kenderaan-kenderaan mewah ini, kesemua kereta mewah terbabit digunakan oleh anggota imigresen sebagai balasan upah untuk membuat setting kaunter di KLIA 2.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Bin Mohd Razali ketika dihubungi tidak menolak lebih ramai lagi akan ditangkap dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001. – myMetro Online

Tags: ImigresenOps SelatrasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

422,609 Peminjam PTPTN Meneruskan Bayaran Balik Pinjaman

Next Post

Lelaki Ditahan 20 Minit ‘Bergaya’ Dengan MPV Polis

Related Posts

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

08/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram yang...

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

07/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Tiga pegawai kepada seorang menteri kanan dipercayai telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini,...

Next Post

Lelaki Ditahan 20 Minit 'Bergaya' Dengan MPV Polis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd