• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

24,290 Rumah Berdaftar Bebas Tanpa Amalan Merokok

oleh
23/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 24,290 rumah telah didaftarkan sebagai Rumah Bebas Tanpa Amalan Merokok sehingga kini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata program itu bertujuan menangani gejala asap rokok sekunder atau “secondhand smoke” dalam kalangan ibu bapa yang merokok serta akan diperluaskan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.

“… perancangan yang dilaksanakan di bawah pelan strategik ini adalah termasuk Rumah Bebas Tanpa Amalan Merokok iaitu ke arah pembudayaan amalan tidak merokok bermula dari rumah,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

Beliau menjawab soalan Fuziah Salleh (PH-Kuantan) yang ingin tahu status kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Mayarakat (KPWKM) dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menangani gejala asap rokok sekunder oleh ibu bapa yang merokok. 

KPWKM terlibat sebagai ahli tetap dalam Jawatankuasa Pemandu Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO FCTC) bagi membincangkan strategi dan dasar di bawah Pelan Strategik Kebangsaan bagi Kawalan Tembakau yang pertama daripada 2015-2020.

Jawatankuasa itu memantau dan menambah baik implementasi kawalan tembakau yang telah digariskan di bawah WHO FCTC dan pelaksanaan program kawalan tembakau yang telah digariskan di bawah Pelan Strategik Kebangsaan Kawalan Tembakau.

Selain Rumah Bebas Tanpa Amalan Merokok, Rina berkata KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bekerjasama dengan KKM dalam pembangunan Garis Panduan Kaunseling Sosial Masalah Merokok Dalam Kalangan Remaja yang diguna pakai di fasiliti Kafe@TEEN LPPKN.

Beliau berkata matlamat garis panduan itu adalah untuk menjadikan remaja sihat tanpa amalan merokok dan seterusnya menjadi agen perubahan tingkah laku kepada ibu bapa yang merokok.

“LPPKN mempunyai 18 pusat remaja KafeTEEN untuk remaja 13 hingga 24 tahun yang menyediakan program dan perkhidmatan bagi mempromosi dan memberikan latihan kemahiran hidup bagi tujuan gaya hidup sihat, termasuk program anti merokok dan Klinik Kaunseling Berhenti Merokok,” katanya. – BERNAMA

Tags: merokokRumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

15/09/2025
0

SHAH ALAM: Seorang lelaki bertindak agresif dan mencetuskan pergaduhan selepas ditegur merokok di sebuah restoran di Seksyen 13, di sini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd