• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

22 ADUN Pahang Setuju Elaun Dipotong 10 Peratus

oleh
20/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seramai 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Pahang bersetuju elaun mereka dipotong sebanyak 10 peratus selama tiga bulan, bermula bulan ini.

Menteri Besar, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, mereka membabitkan 14 ADUN Barisan Nasional (BN) dan lapan ADUN PAS yang mencontohi 11 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco).

Beliau mengakui gembira dan berbesar hati apabila saranan itu mendapat maklum balas positif.

“Terima kasih dan tahniah di atas persetujuan pemotongan 10 peratus elaun membabitkan 14 ADUN BN dan lapan ADUN PAS.

“Ini menunjukkan keprihatinan ahli yang berhormat ketika negeri melalui tempoh sukar akibat penularan wabak pandemik Covid-19 yang masih belum reda ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Belanjawan 2021 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Pada sesi penggulungan itu, Wan Rosdy mengumumkan 15,054 pelajar bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun depan akan menerima RM50 seorang daripada kerajaan negeri.

Beliau berkata, sumbangan wang tunai itu membabitkan peruntukan berjumlah RM752,700.

“Satu berita baik khususnya kepada pelajar bakal menduduki peperiksaan SPM iaitu kerajaan negeri bersetuju menyumbangkan RM50 setiap pelajar.

“Sumbangan ini diharap dapat digunakan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun depan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: ADUN PahangElaun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

Kerajaan Naikkan Elaun 43,595 Pelajar Tajaan JPA – Anwar

Kerajaan Naikkan Elaun 43,595 Pelajar Tajaan JPA – Anwar

13/06/2023
0

PUTRAJAYA : Kerajaan bersetuju menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi peringkat persediaan hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd