• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,032 Kes Baharu Covid-19, 8 Lagi Kematian

oleh
04/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini kekal empat angka apabila mencatatkan 1,032 kes, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 35,425 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 1,032 kes baharu itu, tiga kes membabitkan kes import iaitu bukan warganegara dari India, Singapura dan Filipina.

Beliau berkata, daripada 1,029 kes jangkitan tempatan itu, Sabah kekal mencatatkan kes tertinggi iaitu 646 kes.

“Negeri lain iaitu Selangor (231 kes), Negeri Sembilan (44 kes), Wilayah Persekutuan Labuan (28 kes), Kedah (25 kes), Pulau Pinang (23 kes) dan Sarawak (9 kes).

“Selain itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (7 kes), Perak (6 kes), Wilayah Persekutuan Putrajaya (empat kes), Terengganu (3 kes), Kelantan (2 kes) dan Johor (1 kes).

“Ia menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan ketika ini adalah 10,339 kes dan mereka sudah diasingkan serta dirawat di hospital,” katanya pada sidang media harian Covid-19, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 820 kes pulih Covid-19 dicatatkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 24,815 kes atau 70 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Menurutnya, sehingga kini, terdapat 82 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, terdapat pertambahan lapan kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia mencecah 271 kes atau 0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak merupakan inisiatif sokongan komunikasi kepada...

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd