• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPA9 Terima 9 Juta Pengunjung, Hampir 200,000 Pendaftaran

oleh
05/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Portal Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) menerima hampir sembilan juta pengunjung dan kira-kira 200,000 pendaftaran daripada pemohon kerja dalam tempoh lima hari selepas prapelancarannya pada 28 September lepas.

SPA9 merupakan borang pendaftaran permohonan pekerjaan dalam talian yang menggantikan Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dengan beberapa penambahbaikan dilakukan.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata pemohon melalui SPA9 boleh memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam am persekutuan dan empat buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis dan Pulau Pinang.

“SPA9 menyediakan kemudahan padanan pekerjaan bagi mengenal pasti skim jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan pemohon,” katanya ketika berucap merasmikan SPA9 di sini, hari ini.

Berkonsepkan ciri keselamatan dan kerahsiaan maklumat, kini proses semakan kelayakan, permohonan jawatan serta tapisan melalui SPA9 menjadi lebih mudah serta mesra pengguna, katanya.

“Jaminan data yang lebih berintegriti dan telus diperolehi melalui perkongsian data pintar dengan pelbagai agensi kerajaan yang terlibat,” katanya, yang memberi contoh maklumat seperti akademik, pengesahan pengiktirafan kelayakan akademik, kewarganegaraan dan lesen memandu adalah secara automatik yang dijana terus daripada sistem yang diintegrasikan dengan pelbagai agensi.

“Bagi pemohon jawatan pemandu kenderaan kerajaan, status pemilikan lesen memandu boleh disemak dengan Jabatan Pengangkutan Jalan manakala maklumat kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pemohon akan disemak dengan Majlis Peperiksaan Malaysia. Maklumat mengenai keputusan peperiksaan akan disemak dengan Lembaga Peperiksaan,” katanya.

Ditemui pemberita selepas itu, Zainal Rahim ketika ditanya mengenai bilangan kekosongan dalam sektor awam setiap tahun berkata, dianggarkan terdapat 13,000 sehingga 15,000 kekosongan bagi jawatan tetap dan jawatan kontrak.

Katanya anggaran permohonan pekerjaan yang diterima SPA adalah sekitar 1.25 juta setahun.

Beliau berkata, berikutan norma baharu, SPA telah menggunakan pendekatan temu duga secara maya iaitu persidangan video yang telah dicuba kepada calon Sabah dan Sarawak ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Ada calon yang lebih selesa menjalani temu duga secara maya berbanding berhadapan dengan panel penemu duga yang boleh menyebabkan mereka gugup,” katanya. – BERNAMA

Tags: perkhidmatan awamSPA9
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SSPA: Kelayakan Minimum Masuk Perkhidmatan Awam Dinaikkan Kepada SPM

SSPA: Kelayakan Minimum Masuk Perkhidmatan Awam Dinaikkan Kepada SPM

14/09/2024
0

KUALA LUMPUR : Selari perubahan dasar pendidikan negara dan akses pendidikan menengah atas, had kelayakan minimum bagi kemasukan dalam perkhidmatan...

CUEPACS Hantar Cadangan Penambaikan Perkhidmatan Awam

CUEPACS Hantar Cadangan Penambaikan Perkhidmatan Awam

27/08/2022
0

Alor Setar : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menghantar cadangan berkaitan penambaikan dalam perkhidmatan awam kepada Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd