• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket ‘Cuci Duit’: SPRM Panggil 9 Pegawai Kanan Polis

oleh Cj Mnh
12/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sembilan lagi pegawai kanan polis termasuk beberapa Ketua Polis Daerah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram.

Dengan perkembangan terbaru itu, sehingga ini seramai 17 pegawai dan anggota pasukan keselamatan itu disiasat oleh SPRM berkaitan kes berkenaan.

Sebelum ini lapan pegawai dan anggota polis ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes itu.

Sumber SPRM berkata, sembilan pegawai kanan itu dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini untuk diambil keterangan dan setakat ini tiada tangkapan dibuat.

“Proses mengumpul keterangan sedang giat dijalankan dan sebanyak 736 akaun dibekukan dengan jumlah penyitaan lebih kurang RM101 juta.

“Dua suspek utama kes ini akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk disambung reman esok,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sumber berkata, sebanyak 39 saksi telah dirakam percakapan manakala sembilan daripada 19 individu yang ditahan masih direman.

“Gerakan mengesan saki-baki sindiket ini ditumpukan kepada agensi penguatkuasaan yang disyaki terlibat dan fasa seterusnya ialah memberi fokus kepada individu atau syarikat yang telah dikenal pasti terlibat dalam pengubahan wang haram.

“Sebagaimana yang ditegaskan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM (Datuk Seri Azam Baki) sebelum ini pihak-pihak yang terlibat diminta segera tampil ke SPRM bagi membantu siasatan sebelum tindakan tegas diambil terhadap mereka,” kata sumber itu.

Sumber berkata, SPRM memberi masa selewat-lewatnya sehingga Isnin ini untuk mereka menyerah diri sebelum SPRM mengambil tindakan menahan mereka.

“Individu dan syarikat yang telah dibekukan akaun mereka juga wajar tampil ke SPRM untuk memberi keterangan mereka. Jangan tunggu sehingga tindakan tegas diambil terhadap mereka,” kata sumber itu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya sebelum ini berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan dalaman melibatkan pelbagai aspek terhadap semua pegawai dan anggota pasukan itu yang ditahan.

Beliau berkata, kesemua pegawai dan anggota polis yang ditahan itu disyaki salah guna kuasa melindungi sindiket itu serta menerima habuan dalam bentuk wang ringgit dan lain-lain.

Semalam, Bernama melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya mengesan ratusan syarikat dami yang diwujudkan bagi mengaburi pihak berkuasa berhubung sindiket berkenaan.

SPRM turut menyita 23 kenderaan mewah pelbagai jenis antaranya (Ford) Mustang, Rolls Royce, Bentley, Ferrari dan Porsche serta beberapa motosikal berkuasa besar dimiliki ahli sindiket dipercayai hasil kegiatan haram. – BERNAMA

Tags: cuci duitMacau Scampegawai polisSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd