• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat MB Selangor Dakwaan Langgar Kuarantin

oleh
23/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sudah membuka kertas siasatan ke atas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang didakwa melanggar arahan kuarantin wajib COVID-19.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata siasatan dimulakan pada 5 Oktober lalu, terhadap satu kenyataan membabitkan isu berkenaan yang tular menerusi media sosial.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mendapatkan keterangan saksi dan dokumen berkaitan mengikut Seksyen 15 serta Seksyen 22(B) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Ia bagi kesalahan tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah dikeluarkan oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa,” katanya semalam.

Pada 7 Oktober lalu, memetik Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pihaknya masih meneliti kes membabitkan Amirudin, termasuk permohonan maaf dibuat Menteri Besar itu di media sosial sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

Amirudin dalam mesej Twitter pada 4 Oktober, memohon maaf kerana terpaksa keluar dari kuarantin pada malam berkenaan bagi menyelesaikan isu pencemaran sungai yang menyebabkan dua Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas.

Bagaimanapun, kata Menteri Besar dalam hantaran yang sama, beliau tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai pelindung dan pelitup muka, manakala kedua-dua ujian saringan yang dijalaninya menunjukkan keputusan negatif.

Amirudin turut memaklumkan, beliau melawat LRA Sungai Semenyih bagi meninjau situasi pencemaran bersama Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, pada hari berkenaan. – BH Online

Tags: Amirudin ShariCovid-19kuarantinMenteri Besar Selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Negeri Sembilan: Amirudin Dakwa Rekod Anthony Loke Di Peringkat Persekutuan Cemerlang

PRN Negeri Sembilan: Amirudin Dakwa Rekod Anthony Loke Di Peringkat Persekutuan Cemerlang

26/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook didakwa mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang di peringkat Kerajaan Persekutuan. Menteri Besar...

Politik ‘Penyatuan Ummah’ Tidak Akan Berjaya, Pasti Gagal – Amirudin Shari

Politik ‘Penyatuan Ummah’ Tidak Akan Berjaya, Pasti Gagal – Amirudin Shari

24/07/2026
0

SEREMBAN - Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari yakin politik ‘penyatuan ummah’ yang sedang cuba digerakkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd