• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buka Kertas Siasatan Penghinaan Ke Atas Agong

oleh
27/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka empat kertas siasatan kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata daripada kertas siasatan berkenaan, seorang individu telah ditahan manakala pengesanan baki individu lain terlibat masih sedang berjalan.

“Seorang daripadanya berumur 52 tahun, ditahan di Cheras, dipercayai pemilik akaun twitter Liew Lip Nan yang mempertikai video dimuat naik laman rasmi twitter Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu.

“Polis turut merampas perkakasan yang disyaki digunakan untuk memuat naik kenyataan yang tular. Suspek akan dipohon reman sementara siasatan lanjut diteruskan bagi merakam keterangan saksi kompeten selain mendapatkan keterangan dokumen,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Menurut Huzir, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dalam masa sama giat mengesan baki individu berkait mengeluarkan kenyataan mempunyai kecenderungan menghasut dilakukan melalui laman Facebook dan Twitter baru-baru ini.

“Ia membabitkan kenyataan berunsur penghinaan ke atas Al-Sultan Abdullah oleh pemilik akaun Facebook Ronnie Liu Tian Khiew yang tertulis “Now in Bangkok. They Are Saying No to the King” dan pemilik akaun Twitter Uncle Ireeve yang memuat naik kenyataan berunsur penghinaan yang sama.

“Polis juga sedang mengesan individu berhubung kes mengeluarkan kenyataan Facebook oleh pemilik akaun Facebook Ho Ruey Terng yang turut menghina Al-Sultan Abdullah,” katanya.

Jelas Huzir, kesemua kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana raja atau kerajaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. 

“Kesemua pemilik akaun Facebook dan Twitter yang dikenal pasti diminta tampil menyerah diri. Tindakan tegas akan diambil ke atas kesemua suspek kerana menghasut,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hina AgongpolisYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Seri Paduka...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail. Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd