• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Ingatkan Pengurusan Covid-19 Perlu Berkesan

oleh
24/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri hari ini menjalankan tugasnya seperti biasa selepas 24 jam Mesyuarat Kabinet Khas yang membawa kepada pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah. 

Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan Covid-19 secara sidang video seperti amalan sebelum ini.

Dalam sidang itu, beliau menekankan keperluan untuk mewujudkan Pelan Jangka Masa Sederhana-Panjang dengan lebih terperinci, demi memastikan kelangsungan hidup rakyat dan ekonomi negara.

Pelan itu juga untuk menangani keresahan rakyat menghadapi pandemik yang menyebabkan kebergantungan tinggi kepada kerajaan, katanya menerusi hantaran dimuat naik di Instagram dan Facebook (FB).

Muhyiddin mengakui senario menguruskan Covid-19 ketika ini sudah berubah dan mengajak semua ahli mesyuarat untuk lebih fokus dalam usaha memerangi itu dan mesti membuktikan pada tahap ini, Malaysia menang melawan Covid-19.

Beliau turut mengingatkan ahli mesyuarat supaya lebih teliti dalam membuat keputusan untuk menguruskan Covid-19 dengan lebih berkesan. 

“Setiap keputusan yang dibuat mestilah difahami manfaat, risiko dan kesannya kepada kesihatan dan ekonomi rakyat,” katanya.

Mesyuarat harian MKN itu sudah diadakan secara sidang video sejak 7 Oktober lalu. – myMetro Online

Tags: Covid-19Majlis Keselamatan Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Akan Main Peranan Proaktif Selesaikan Konflik Di Asia Barat – MKN

Malaysia Akan Main Peranan Proaktif Selesaikan Konflik Di Asia Barat – MKN

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia akan memainkan peranan proaktif untuk menyumbang kepada penyelesaian konflik di Timur Tengah yang telah berlangsung selama...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd