• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Minta Pertimbang Lagi Pengeluaran Akaun 1 KWSP

oleh
30/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan diminta mempertimbangkan lagi cadangan pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi kegunaan rakyat yang terjejas kehidupannya akibat pandemik Covid-19.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan boleh membenarkan pengeluaran duit dengan menghadkan pengeluaran secara one-off sehingga RM10,000 daripada akaun tersebut.

“Mungkin boleh pertimbangkan untuk pencarum keluarkan duit sekarang pada masa paling terdesak dan membenarkan serta menggalakkan pencarum ‘top-up’ (tambah) semula pada masa depan apabila keadaan ekonomi pulih.

“Kerajaan juga boleh memastikan KWSP diberikan peluang dengan pelbagai projek yang menjana keuntungan besar pada masa hadapan bagi memberi pulangan lebih besar kepada pencarum demi memulihkan semula baki akaun KWSP,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Menurut Najib, langkah berkenaan boleh dilakukan oleh kerajaan dengan mencontohi apa yang kerajaan Barisan Nasional (BN) lakukan dahulu dengan penglibatan KWSP dalam projek kawasan Damansara, iaitu pemilikan kepentingan 49 peratus Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS) serta projek Stesen Janakuasa Battersea di United Kingdom.

“Jangan hanya beri segala projek-projek seperti ini kepada pihak swasta sahaja sebab kita perlu ingat dan sedar bahawa rakyat adalah kroni sebenar kita.

“Mohon PM8 (Muhyiddin) pertimbang semula,” katanya.

Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sukar untuk kerajaan membenarkan pengeluaran akaun 1 KWSP dilakukan walaupun terdapat banyak desakan daripada rakyat agar kerajaan membenarkan pengeluaran tersebut.

Jelas Muhyiddin, simpanan KWSP adalah untuk masa tua pencarum dan sekiranya kerajaan membenarkan pengeluaran dilakukan, ia akan memberi masalah lebih besar pada masa hadapan iaitu selepas pencen. – Sinar Harian

Tags: KWSPNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd