Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

TLDM Teruskan Pelan Pentadbiran...

LUMUT - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan meneruskan segala pelan termasuk Program...

Budak 10 Tahun Maut...

Gaza - Seorang budak lelaki Palestin berusia 10 tahun maut selepas kediamannya terkena...

ADUN Pulau Betong, PU...

GEORGE TOWN - Bergiat aktif dalam lapangan politik bukan penghalang buat Anggota Dewan...

Malaysia Masih Buru Jho...

BANGI : Perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dengan...

Mohd Zaidi Angkat Sumpah ADUN Slim

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim Mohd Zaidi Aziz mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Kedua Tahun Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Mohd Zaidi, 43, yang merupakan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua DUN Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim 29 Ogos lalu, Mohd Zaidi yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 10,945 undi, mengalahkan dua calon bebas iaitu bekas guru S. Santharasekaran, 44,  dan peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dari BN, akibat serangan jantung pada 15 Julai lepas.

Mohamad Zahir seterusnya mengucapkan tahniah kepada Mohd Zaidi atas kemenangannya pada PRK DUN Slim dan mengingatkan beliau untuk menggalas amanah serta kepercayaan yang diberikan oleh rakyat sebaiknya. – BERNAMA

Kategori