• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Zaidi Angkat Sumpah ADUN Slim

oleh
27/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim Mohd Zaidi Aziz mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Kedua Tahun Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Mohd Zaidi, 43, yang merupakan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua DUN Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim 29 Ogos lalu, Mohd Zaidi yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 10,945 undi, mengalahkan dua calon bebas iaitu bekas guru S. Santharasekaran, 44,  dan peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dari BN, akibat serangan jantung pada 15 Julai lepas.

Mohamad Zahir seterusnya mengucapkan tahniah kepada Mohd Zaidi atas kemenangannya pada PRK DUN Slim dan mengingatkan beliau untuk menggalas amanah serta kepercayaan yang diberikan oleh rakyat sebaiknya. – BERNAMA

Tags: ADUN SlimMohd Zaidi Aziz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Zahir Kesetiaan Terhadap Kepimpinan PM

Next Post

Cuci Duit: Suspek Lompat Pagar SPRM Sudah Ditahan

Related Posts

Mohd Zaidi Sudah Berkempen Lebih 60 Peratus Kawasan

18/08/2020
0

TANJUNG MALIM - Memasuki hari keempat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, calon Barisan Nasional (BN)...

Mohd Zaidi Aziz Calon BN PRK DUN Slim

12/08/2020
0

TANJUNG MALIM - Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya...

Next Post

Cuci Duit: Suspek Lompat Pagar SPRM Sudah Ditahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd