• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Harap Kerajaan AS Terima Penjelasan FGV

oleh
05/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Malaysia berharap supaya kerajaan Amerika Syarikat (AS) menerima penjelasan yang diberikan pihak FGV Holdings Bhd (FGV) berhubung beberapa dakwaan pihak berkuasa negara tersebut sehingga membawa kepada sekatan import produk sawit daripada syarikat berkenaan masuk ke AS.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata FGV telah pun memberikan penjelasan bagi menjawab dakwaan tersebut. 

“Ini bukan pertama kali isu itu (dakwaan) dibangkitkan. Dalam sektor pembuatan, ia turut dibangkitkan dan kita telah memberi penerangan dan sebahagian masalah itu telah diselesaikan.

“Jadi, Malaysia berharap dengan penerangan yang diberikan, pihak AS akan menerima penjelasan dan menerima semula kemasukan semula produk keluaran FGV ke negara itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Rumah Pangsa Larkin di sini, semalam.

Mustapa berkata demikian bagi mengulas tindakan AS yang menyekat kemasukan produk syarikat berkenaan di pelabuhan mereka, baru-baru ini. 

Beberapa hari lepas, Agensi Perlindungan Kastam dan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) dilaporkan sebagai berkata sekatan terhadap produk-produk kelapa sawit daripada syarikat berkenaan adalah berdasarkan hasil siasatan dilakukan selama setahun.

Antara dakwaan agensi asing itu ialah syarikat itu menggunakan tenaga buruh paksa dan buruh kanak-kanak. – BERNAMA 

Tags: Amerika SyarikatFGVMustapa Mohamed
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd