• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Mungkin Bertanding PRU15

oleh
05/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad memberi gambaran berkemungkinan bertanding pilihan raya umum (PRU) akan datang selepas penyokongnya tidak bersetuju beliau bersara.

Menurut portal Free Malaysia Today, bekas Perdana Menteri itu berkata, hasrat beliau sebelum ini untuk tidak bertanding PRU15 telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokongnya.

“Mereka masih mahu saya kata, mahu bertanding. Memang betul kebanyakan orang yang berusia 95 tahun tak akan berfungsi. Saya bernasib baik kerana masih boleh aktif.

“Tetapi mereka tak fikir yang saya akan merosot bila semakin tua. Mereka lihat saya seperti saya sekarang. Jadi, mereka mahu saya sekurang-kurangnya, tidak kata tak akan bertanding,” ujar Ahli Parlimen Langkawi itu.

Dr Mahathir dalam temu bual bersama The Straits Times of Singapore turut menegaskan bahawa beliau tidak dapat berbaik dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana Muhyiddin telah meninggalkan prinsipnya dan menerapkan strategi yang sama seperti digunakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melemahkan semua pihak yang menentangnya.

“Macam mana saya boleh terima Muhyiddin seperti itu?” katanya.

Beliau menambah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu bekerjasama dengan Najib kerana ‘politik lebih penting daripada prinsip’.

Dalam pada itu, Mahathir mengakui bahawa beliau dan parti pembangkang lain tidak berada pada kedudukan untuk mencabar majoriti milik Muhyiddin di Parlimen kerana mereka berpecah mengenai isu calon Perdana Menteri.

“Ada ramai orang tentang Anwar Ibrahim. Sekiranya saya tidak diterima, ramai (penyokong) akan tarik diri supaya dia tak dapat majoriti.

“Sekarang dia dakwa dapat sokongan 20 hingga 30 ahli Parlimen, tetapi semua orang menafikannya,” kata Mahathir.

Beliau turut menolak pilihan raya kilat kerana tiada pihak yang akan mendapat mandat lebih kuat.

Menurutnya, masyarakat belum bersedia untuk memilih atas dasar isu substantif berikutan pergolakan politik beberapa bulan lalu dan akan membuat pilihan ‘bukan kerana parti itu bagus’ tetapi berdasarkan sentimen sejarah.

“Orang yang sama akan dipilih dan anda akan dapati, akan berlaku Parlimen tergantung atau majoriti yang sangat tipis.

“Macam sekarang, kalau tiga orang sakit perut dan tidak hadiri Parlimen, mereka akan jatuh. Kerajaan jenis apa macam itu?” kata beliau lagi. – Sinar Harian

Tags: Mahathir MohamadPRU15
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Harap Kerajaan AS Terima Penjelasan FGV

Next Post

Masjidil Haram Dibuka Semula Untuk Ibadat Umrah

Related Posts

Keputusan PRU15 Lalu Pengaruhi Pengundian Pada PRN – Pemerhati

Keputusan PRU15 Lalu Pengaruhi Pengundian Pada PRN – Pemerhati

13/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu dilihat telah memberi kesan dan mempengaruhi corak pola pengundian pada...

PRU15: Pengerusi SPR Tiba Di Istana Negara

PRU15: Pengerusi SPR Tiba Di Istana Negara

20/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, tiba di Istana Negara, di sini, sebentar tadi....

Next Post

Masjidil Haram Dibuka Semula Untuk Ibadat Umrah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd