• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lompat Pagar SPRM: Alvin Goh Cerita Mengapa Larikan Diri

oleh
28/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Alvin Goh, suspek sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang melarikan diri dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, menafikan sebarang penglibatan dalam kegiatan jenayah seperti yang disyaki terhadapnya.

Penafian itu dibuat Alvin, atau Goh Leong Yeong, menerusi satu video berdurasi 8 minit 39 saat yang dipercayai dimuat naik rakannya sebelum ia ditularkan di media sosial.

Video itu muncul selepas penahanan Alvin oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah apartmen di Pahang, pada Selasa.

Terdapat beberapa perkara yang dijelaskan Alvin dalam video berkenaan, termasuk mengapa dia melarikan diri melalui pintu belakang bangunan SPRM.

“Saya tidak pernah diberi gelaran Datuk Seri, namun saya mempunyai syarikat telekomunikasi dan peralatan teknologi di sebuah pusat beli-belah Bukit Bintang.

“Namun, tidak pernah terlibat dengan sindiket Macau Scam atau perjudian dalam talian,” katanya.

Tambahnya, dia telah memberi kerjasama yang baik kepada SPRM semasa siasatan berlangsung.

“Namun, ketika dibebaskan pada 11 Oktober lepas, saya mendapat tahu polis juga akan menahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959.

“Saya tahu apabila dituduh di bawah akta itu, ia satu perkara yang serius.

“Selepas 10 hari direman di SPRM, saya letih dan tidak dapat berfikir dengan baik. Selepas saya dilepaskan, saya keluar melalui pintu belakang bangunan SPRM, dan beberapa hari selepas itu baru saya tahu melalui media yang saya diburu,” jelas Alvin.

Katanya, apabila video itu ditonton, dia telah pun menyerahkan diri kepada pihak berkuasa untuk membantu siasatan. – Astro AWANI

Tags: alvin gohSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd