• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ladang Ternakan Punca Pencemaran Sungai Semenyih, Langat

oleh
05/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DENGKIL – Ladang ternakan angsa dan itik serta kawasan perindustrian di Negeri Sembilan disyaki punca pencemaran bau di Sungai Semenyih dan Sungai Langat dekat Selangor.

Ladang ternakan itu dikatakan terletak di Pajam, Negeri Sembilan, manakala kawasan perindustrian itu didakwa berpunca dari Kawasan Perindustrian Nilai 3 dekat Nilai.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi serta Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata, pencemaran bau sehingga 11 ton dikenal pasti berlaku di muka sauk Loji Pembersihan Air (LPA) Sungai Semenyih dan Sungai Langat di sini, tengah malam tadi.

Katanya, ia dikatakan berpunca daripada aktiviti pembersihan ladang secara besar-besaran dengan bacaan pencemaran menurun kepada lapan ton, hingga 9.30 pagi tadi.

“Kerajaan Selangor sudah memaklumkan perkara ini kepada kerajaan Negeri Sembilan, selain pihak berkuasa di negeri berkenaan sudah diarah menjalankan siasatan sejurus aduan diterima.

“Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dan badan kawal selia air negeri berkenaan dikatakan akan mengenal pasti lokasi tepat pencemaran berbau bangkai yang dikatakan hasil daripada bahan organik,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar dan Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Datuk Hashim Osman.

Semalam, LPA Sungai Semenyih dan Bukit Tapoi di sini, dihenti tugas susulan pencemaran bau di Sungai Semenyih yang menjejaskan 309,605 akaun, sejak jam 4.30 petang.

Loy Sian berkata, dua pam berkapasiti 300 juta liter sehari (JLD), manakala dua lagi pam dengan kapasiti 27 JLD sudah diaktifkan, masing-masing di LPA Sungai Semenyih dan LPA Sungai Langat, bagi kerja pencairan pencemaran bau.

“Kedua-dua LPA yang ditutup ini dijangka dapat dibuka petang ini, jika bacaan pencemaran berada pada tahap sifar ton, selain lori tangki air sudah digerakkan ke lokasi terjejas.

“Kita juga akan membuat laporan polis berhubung kejadian ini bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan pihak berkuasa,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang. – myMetro Online

Tags: Pencemaran Sungaisungai langatsungai semenyih
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Bina Denai 10,000 KM, Elak Pencemaran Sungai

Kerajaan Bina Denai 10,000 KM, Elak Pencemaran Sungai

19/02/2023
0

KOTA BHARU : Kerajaan menyasarkan pembinaan Denai Sungai Kebangsaan (DSK) sepanjang 10,000 kilometer (km) di sepanjang sungai menjelang 2030, dalam...

Johor Wujudkan Jawatankuasa Pantau Pencemaran Sungai

Johor Wujudkan Jawatankuasa Pantau Pencemaran Sungai

03/07/2022
0

JOHOR BAHRU : Kerajaan negeri akan mewujudkan sebuah Jawatankuasa Penguatkuasaan dan Pemantauan Pencemaran Sungai-Sungai Di Johor dalam usaha memulihkan sungai-sungai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd