• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khabib Umum Bersara!

oleh Cj Mnh
25/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPUTUSAN mengejutkan datang dari Khabib Nurmagomedov setelah mengalahkan Justin Gaethje dalam pertarungan penyatuan untuk gelaran juara ringan Ultimate Fighting Championship (UFC) 254, pagi ini.

Pejuang Rusia itu memutuskan untuk mengundurkan diri selepas perlawanan di Flash Forum, Abu Dhabi, Uni Emiriah Arab.

Khabib hanya memerlukan dua pusingan untuk mengalahkan Gaethje.

Dia melakukan kunci dengan teknik tercekik segitiga dan menang dalam masa 1 minit 34 saat.

Bercakap kepada wartawan di oktagon, Khabib mengaku itu akan menjadi pertarungan terakhirnya kerana beliau sudah berjanji kepada ayah dan ibunya.

“Saya tidak mungkin berada di sini tanpa ayah saya,” kata Khabib seperti dilaporkan oleh The New York Times.

Ayah Khabib yang melatihnya sejak kecil, Abdulmanap, meninggal pada bulan Julai 2020. Khabib memberitahu ibunya bahawa beliau tidak akan meneruskan kariernya tanpa ayahnya sebagai jurulatihnya.

“Saya berjanji kepadanya bahawa ini akan menjadi pertarungan terakhir saya. Saya harus mengikutinya,” katanya.

Ini menjadikan Khabib bersara dengan catatan yang sempurna.

Beliau mempunyai rekod 29-0 atau menang dalam semua pertarungan.

Selamat bersara juara dan lagenda terhebat! – Mynewshub.TV

Tags: Khabib NurmagomedovUFC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khabib Kembali Bertarung?

23/11/2020
0

LONDON - Dana White mendedahkan dia akan mengadakan pertemuan dengan Khabib Nurmagomedov dalam percubaannya untuk memujuk atlet seni bela diri...

Khabib Dalam Kelompok 10 Terbaik MMA

27/10/2020
0

PARIS - Presiden UFC Dana White memuji Khabib Nurmagomedov antara 'atlet seni bela diri campuran (MMA) hebat sepanjang zaman' selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd