• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Baharu COVID-19 Melonjak Ke 1,240 Kes

oleh
26/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini kembali melonjak dan mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,240 kes serta kali kedua melepasi empat angka.

Ia mengatasi kes tertinggi yang pernah dicatatkan iaitu 1,228 kes pada Sabtu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Sabah mencatatkan kes terbanyak dengan 927 kes atau 74.8 peratus.

“Jumlah ini melonjak semula berikutan lebih banyak pengesanan kes secara aktif dijalankan di Sabah selain mobilisasi petugas kesihatan banyak membantu usaha saringan di lapangan dan juga rawatan perubatan. 

“Sebanyak 508 kes hari ini membabitkan lima kluster membabitkan penjara iaitu Penjara Kepayan mencatatkan 439 kes, Kluster Seberang Perai (57 kes), Kluster Benteng LD (7 kes), Kluster Penjara Tapah (4) dan Kluster Tembok (1).

“Kes ini sememangnya terasing dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya dalam sidang media harian hari ini. 

Menurutnya, pertambahan kes baharu hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 27,805 kes dengan kes aktif dengan kebolehjangkitan ketika ini adalah 9,744 kes.

Katanya, mereka itu sudah diasingkan dan diberi rawatan lanjut.

“Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 194 kes (15.6 peratus dari jumlah keseluruhan kes).

“Daripada 194 kes baharu itu, 120 kes adalah daripada kluster sedia ada dan baharu.

“Untuk makluman, negeri ini dan juga Sabah sudah diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu hari ini membabitkan Sabah sebanyak 927 kes, Selangor (176), Pulau Pinang (61), Negeri Sembilan (25), Kuala Lumpur (17), Perak (8), Sarawak (7), Labuan (5), Johor (4), Kedah (3), Terengganu (3) dan Melaka pula merekodkan dua kes. 

“Daripada 1,240 kes baharu pada hari ini, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kes berkenaan membabitkan dua warga asing dari Russia di Selangor dan Ukraine (Labuan),” katanya.

Menurutnya, bilangan kes pulih Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 691 kes dan menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya adalah 17,825 kes atau 64.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata, terdapat juga tujuh pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia mencecah sebanyak 236 kes atau 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Semua kematian hari ini membabitkan tiga bukan warganegara dan empat warganegara di beberapa hospital di Sabah berusia antara lingkungan 27 hingga 90 tahun. 

“Sehingga kini, terdapat 94 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan 31 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mesyuarat Khas Kabinet Tak Bincang Bubar Parlimen

Next Post

KKM Nafi Sistem Kesihatan Sabah Hampir Lumpuh

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

KKM Nafi Sistem Kesihatan Sabah Hampir Lumpuh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd