• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 30 Peratus Penjawat Awam Di Pejabat Mulai Esok

oleh
21/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hanya 30 peratus daripada jumlah maksimum pegawai perkhidmatan awam Persekutuan, dibenarkan berada di pejabat bermula esok sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, berkata peraturan itu terpakai untuk negeri yang berada dalam PKPB iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Selangor, Putrajaya serta Sabah.

Beliau berkata, dengan jumlah kehadiran sebanyak 30 peratus itu, ketua jabatan juga harus memastikan perkhidmatan asas agensi tidak terjejas dan berterusan dapat dicapai oleh pelanggan berdasarkan Piagam Pelanggan kementerian, jabatan atau agensi masing-masing.

Katanya, arahan kehadiran bertugas ini bagaimanapun terkecuali kepada penyampaian perkhidmatan penting yang ditentukan ketua jabatan.

“Bermula 22 Oktober (esok) hingga tamatnya tempoh PKPB, ketua jabatan hendak memastikan keberadaan pegawai perkhidmatan awam Persekutuan ke pejabat adalah pada tahap maksimum 30 peratus.

“Bagi maksud ini, ketua jabatan diarah supaya memastikan semua pegawai di peringkat pengurusan dan pentadbiran kementerian, jabatan dan agensi yang tidak diperlukan berada di pejabat sepenuh masa, dijadualkan supaya bekerja dari rumah (BDR).

“Ia boleh dilakukan secara sama ada secara penggiliran atau sepenuh masa supaya kehadiran mereka di pejabat dioptimumkan pada kadar minimum sepanjang PKPB dikuatkuasakan,” katanya, di sini, hari ini.

Mohd Adib mengeluarkan senarai edaran itu melalui surat kepada semua ketua setiausaha, ketua jabatan Persekutuan, setiausaha kerajaan negeri dan ketua pengurusan di negeri yang dikuatkusakan PKPB.

Pada masa sama, Mohd Adib berkata,susulan arahan itu, semua aktiviti bersemuka seperti mesyuarat, perbincangan atau latihan tidak dibenarkan dan hendaklah dilaksanakan secara atas talian sepenuhnya.

Katanya, sebagai langkah berterusan bagi mencegah COVID-19, ketua jabatan hendaklah memastikan pematuhan sepenuhnya kepada semua peraturan, garis panduan dan surat edaran dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN); Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Dokumen rahsia rasmi tidak dibenarkan untuk dibawa keluar sepanjang tempoh ini.

“Namun, ketua jabatan boleh mempertimbangkan atas kepentingan tugasan dan prinsip BDR untuk memberi kebenaran membawa keluar dari pejabat dokumen rahsia rasmi termasuk salinan berpandukan garis panduan membawa rahsia rasmi keluar dari pejabat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengarahkan pekerja dari sektor swasta dan awam yang dijangkakan berjumlah sejuta orang bekerja dari rumah bermula esok sepanjang tempoh PKPB ini.

PKPB mula dikuatkuasakan di Sabah mulai 13 hingga 26 Oktober ini manakala, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Selangor serta Putrajaya bermula 14 hingga 27 Oktober ini. – BH Online

Tags: Penjawat Awamperintah kawalan pergerakan bersyarat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

Kerajaan Kaji Penjawat Awam Kerja Dari Rumah, Sektor Swasta Digesa Ikut Jejak – PM Anwar

Kerajaan Kaji Penjawat Awam Kerja Dari Rumah, Sektor Swasta Digesa Ikut Jejak – PM Anwar

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan kini sedang meneliti langkah tambahan termasuk memperkenalkan peraturan kerja lebih anjal dengan pelaksanaan bekerja dari rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd