• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Artis ‘Cuci Duit’, 2 Pegawai Kanan Polis Ditahan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan dua pegawai kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bagaimanapun pihaknya masih belum mendapat laporan lengkap berhubung penahanan berkenaan.

“Kita masih menunggu sama ada dua pegawai itu ditahan atas kes berkenaan (cuci duit) atau kes lain.

“Saya tidak boleh ulas kerana siasatan dijalankan SPRM,” katanya pada sidang media, di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.

Terdahulu, Acryl merasmikan Seminar Pengukuhan Siasatan Jenayah Komersil dan Pelancaran Portal dan Aplikasi Semak Mule.

Acryl berkata, pihaknya juga akan menjalankan siasatan dalaman berhubung tohmahan yang didakwa sesetengah pihak di media sosial berhubung pembabitan pegawai polis dalam sindiket `cuci duit’ dikaitkan dengan perniagaan golongan artis sebelum ini.

“Siasatan dalaman ini akan dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) jadi kita tunggu dulu,” katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan taktik perdaya dan guna populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah.

Itu antara kegiatan segelintir individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan haram termasuk perjudian sebelum memerangkap segelintir artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal untuk memulakan perniagaan.

Kaedah itu dianggap mampu mengaburi mata pihak berkuasa selain membolehkan keuntungan diperoleh hasil kerjasama pelbagai bentuk pelaburan yang disertai bersama.

Bagaimanapun, kegiatan mereka itu dikesan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hasil risikan dan siasatan dijalankan sebelum lima individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk ditahan. – myMetro Online

Tags: cuci duitpegawai polisSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd