• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FELDA Hasrat Ambil Semula Tanah, Lonjak Harga Saham FGV

oleh
19/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Saham FGV Holdings Bhd meningkat pada awal dagangan hari ini susulan laporan FELDA berhasrat mengambil semula 350,000 hektar tanah yang dipajak kepada syarikat itu dalam usaha untuk mengukuhkan kembali kedudukan kewangannya.

Peningkatan saham syarikat perladangan itu juga didorong cadangan Perspective Lane (M) Sdn Bhd (PLSB) baru-baru ini bahawa ia menjadi pemegang saham dalam syarikat perladangan itu menerusi suntikan aset perladangan.

PLSB adalah syarikat milik penuh Restu Jernih Sdn Bhd yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Dalam laporan temu bual BH hari ini, Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata cadangan pengambilan balik pajakan itu sudah dipersetujui Lembaga Pengarah FELDA dan kini sedang menunggu keputusan kerajaan sebelum rundingan boleh dimulakan dengan FGV.

Langkah itu adalah sebahagian daripada transformasi yang ingin dijalankan FELDA menerusi pengenalan model perniagaan baharu yang lebih mapan dan berdaya saing untuk agensi itu.

Penganalisis berkata, langkah berkenaan akan menyaksikan FGV memperoleh pampasan tunai mencecah berbilion ringgit, justeru membolehkan syarikat itu melabur dalam perniagaan lain yang berpotensi.

Pada 10.17 pagi ini, saham-saham FGV naik dua sen atau 1.80 peratus kepada RM1.13 dengan 1.70 juta juta saham saling berpindah tangan. – BH Online

Tags: FeldaFGVTanah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ada ‘Tangan Ghaib’ Halang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor – Onn Hafiz

Ada ‘Tangan Ghaib’ Halang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor – Onn Hafiz

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan terdapat 'tangan ghaib' menghalang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor...

Pemaju di Selangor Perlu Serah Tanah 1.5 Ekar Untuk Rumah Ibadat Bukan Islam

Pemaju di Selangor Perlu Serah Tanah 1.5 Ekar Untuk Rumah Ibadat Bukan Islam

23/06/2026
0

SHAH ALAM - Pemaju di Selangor dikehendaki menyerahkan sebidang tanah (minimum 1.5 ekar) untuk diwartakan sebagai tanah keagamaan bagi rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd