• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Noor Hisham Muncul ‘Adiwira Baharu’ BoBoiBoy

oleh
23/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiap individu boleh menjadi wira melawan COVID-19 hanya dengan mengamalkan pembudayaan norma baharu yang dikenali sebagai CAPP, kata “adiwira baharu” siri animasi popular tempatan, BoBoiBoy, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Namun jangan khuatir, Ketua Pengarah Kesihatan itu bukannya beralih kerjaya, sebaliknya muncul sebagai figura animasi 3D dalam video pesanan khidmat masyarakat bertajuk “CAPP: Kuasa untuk Lawan COVID-19”, inisiatif syarikat harta intelek dan watak, Monsta bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Dalam video berdurasi seminit itu, Dr Noor Hisham kelihatan menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum menjadikannya sebagai “perisai” melawan virus COVID-19 bagi melindungi watak-watak dalam animasi berkenaan seperti BoBoiBoy dan rakan-rakannya. 

“Kamu tak perlukan kuasa untuk mengalahkan virus COVID-19, kamu hanya perlukan CAPP. Dengan CAPP anda pun boleh menjadi wira,” kata Dr Noor Hisham dalam video itu.

CAPP adalah pendekatan pembudayaan norma baharu yang menyasarkan individu, keluarga dan komuniti dalam mencegah penularan COVID-19 iaitu mencegah dan mendidik dari awal, mengamalkan norma baharu, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan memantau status kesihatan.

Ia bertujuan melindungi daerah hijau kekal bebas dari COVID-19 dan pada masa sama menukarkan daerah kuning kepada hijau dalam tempoh 14 hari. 

Video berdurasi seminit itu kini tular di pelbagai laman media sosial dengan lebih 150,000 jumlah tontonan di akaun rasmi YouTube, Facebook dan Instagram BoBoiBoy dalam tempoh 24 jam. 

Video itu juga diulang kicau hampir 30,000 kali melalui Twitter BoBoiBoy, KKM, selain turut mendapat pujian berikutan kreativiti dan mesej yang ingin disampaikan.

Sementara itu, Monsta dalam kenyataan memaklumkan pesanan khidmat masyarakat itu bertujuan mendidik seluruh rakyat meningkatkan rasa tanggungjawab dalam memutuskan rantaian penularan COVID-19 yang semakin meningkat.

Selain BoBoiBoy, syarikat Monsta yang juga menghasilkan pelbagai siri animasi, filem dan produk pengguna turut dikenali dengan francais animasi popular seperti “Papa Pipi”, siri pelancongan “Fly With Yaya” dan siri animasi akan datang iaitu “Mechamato”. – BERNAMA

Tags: adiwiraboboiboyCovid-19Dr Noor Hisham
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd