• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: Wanita Malaysia Antara 7 Kes Import Di Singapura

oleh
12/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan satu daripada tujuh kes import yang diumumkan di republik itu pada Ahad merupakan wanita Malaysia berusia 23 tahun.

Wanita itu yang memegang permit kerja dan bermajikan di republik tersebut telah diletak di bawah notis kuarantin di rumah sejurus tiba, kata kementerian berkenaan dalam data penuh yang dikeluarkan lewat Ahad.

Semalam, Singapura melaporkan 10 kes baharu termasuk tiga jangkitan tempatan, menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di negara itu sebanyak 57,876 kes. 

Kementerian itu berkata kesemua kes baharu berkenaan tidak bergejala dan dikesan menerusi saringan dan pemantauan proaktif.

Republik itu mengklasifikasikan 1,132 daripada jangkitan yang dilaporkan setakat ini sebagai kes import,  2,260 jangkitan dalam komuniti dan 54,484 kes membabitkan penghuni asrama pekerja asing.

Setakat Ahad, dua kluster iaitu di Kranji Lodge I dan asrama Westlite Woodlands telah diumum tamat memandangkan tiada jangkitan baharu dilaporkan dalam dua tempoh inkubasi iaitu 28 hari.

Negara itu juga melaporkan sebanyak 57,705 kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan didiscaj daripada hospital atau pusat jagaan komuniti.   

Pada masa ini terdapat 44 kes yang disahkan masih dirawat di hospital dengan satu pesakit dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.

Sementara itu, 100 pesakit yang bergejala ringan atau sihat dari segi klinikal namun diuji positif COVID-19, telah diasingkan dan dirawat di pusat jagaan komuniti.

Setakat ini, Singapura mencatatkan 27 kematian akibat komplikasi COVID-19 dengan dua kes pertama direkodkan pada 21 Mac lalu. – BERNAMA

Tags: Covid-19Singapurawarga malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd