• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: Nilai Ro Menurun, Rakyat Diseru Duduk Rumah

oleh
18/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nilai kebolehjangkitan (Ro) Covid-19 kini berjaya dilandaikan kepada 1.5 berbanding 2.2 yang direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, gelombang ketiga Covid-19 di Malaysia sememangnya lebih mencabar.

“Nilai Ro pada permulaan gelombang ketiga 20 September lalu adalah 2.2, tetapi dalam tempoh empat minggu ia telah menurun kepada 1.5. 

“Ini bermakna setakat ini usaha yang dijalankan dapat mengelakkan daripada peningkatan kes secara mendadak. Meskipun begitu, jika dilihat pada carta palang ini (iaitu jumlah kes positif Covid-19 yang dilaporkan setiap hari), didapati ia masih mengikuti garisan unjuran nilai R = 1.5. Oleh itu, boleh dijangkakan kes harian Covid-19 masih akan meningkat tetapi bukanlah secara mendadak,” katanya dalam sidang khas menerangkan Ro terkini, sebentar tadi.

Noor Hisham berkata, segala usaha di lapangan mesti diteruskan dan dilipat gandakan termasuklah kawalan pergerakan harus diperketatkan. 

“Rakyat perlu membantu negara dengan duduk di rumah. Rantaian jangkitan mestilah diputuskan. Seperti yang disebut tadi, jika rantaian jangkitan dapat diputuskan ia akan mengawal penularan dan nilai R juga akan turun lebih rendah daripada 1.0 sehingga kurang daripada 0.3,” katanya.

Untuk rekod, nilai Ro merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak di dalam masyarakat, iaitu secara puratanya berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh kes positif atau hos virus berkenaan. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMNilai Ro
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd