• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buruh Paksa Bukan Lagi Isu Sawit Negara Ini

oleh
22/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Amalan buruh paksa bukan lagi isu di negara ini, berikutan tindakan kerajaan melaksanakan pelbagai langkah menanganinya, termasuk menerusi penetapan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata MSPO itu antara lainnya mewajibkan semua pemain industri mematuhi syarat tidak menggunakan khidmat buruh paksa bagi mendapatkan pensijilan tersebut.

Malah, beliau menegaskan sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan COVID-19, kerajaan juga menetapkan tiada pengambilan pekerja asing baharu bagi sektor perladangan. 

“Kerajaan sebaliknya menggalakkan majikan mengambil pekerja warga tempatan dengan pemberian Subsidi Upah yang mana majikan dibayar RM300 sebulan selama enam bulan menerusi dana berjumlah RM6 juta melalui agensi Majlis Getah Malaysia (MRC) selain dana RM36 juta untuk aktiviti hiliran sektor getah yang menggantikan pekerja asing dengan pekerja tempatan. 

“Oleh itu, dengan adanya dasar-dasar dilaksanakan oleh kerajaan ini, secara automatik kita boleh menangani isu buruh kasar kerana tiada pekerja asing baharu dan akan tidak timbul juga isu bayaran balik kos pengambilan pekerja asing,” katanya dalam program ‘Assalamualaikum’ yang disiarkan TV AlHijrah hari ini.

Beliau mengulas laporan yang menyenaraikan Malaysia dalam ‘2020 List of Goods Produce by Child Labour or Child Labour’ oleh Jabatan Buruh Amerika Syarikat pada September lalu.

Mohd Khairuddin berkata, kajian situasi buruh yang dikendalikan kementerian terhadap sektor kelapa sawit, menunjukkan hanya ada 0.8 peratus isu buruh paksa di negara ini, khususnya di Sabah dan Sarawak, terutama di kawasan daerah sempadan negeri-negeri tersebut. 

“Kajian yang dibuat mengikut garis panduan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) juga telah dibawa ke Kabinet pada Mei lepas dengan tujuan untuk diterbitkan dan dihantar kepada ILO dan Jabatan Buruh Amerika Syarikat,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga sememangnya berpendirian untuk sentiasa memastikan kebajikan pekerja sama ada tempatan atau warga asing terjaga menerusi penguatkuasaan di peringkat bawahan selain program kesedaran.

Selain itu, mengulas prospek pasaran getah dan kelapa sawit, beliau berkata, kerajaan kini giat mengenal pasti pasaran baharu seperti benua Afrika selain Amerika Syarikat dan Eropah.

“Bagi industri kelapa sawit contohnya, kita yakin lebih 400,000 pekebun kecil gembira dengan harga buah tandan segar yang kini mencecah RM550-RM600 satu tan, manakala minyak sawit mentah mencecah harga RM3,000 satu tan,” katanya. – BERNAMA

Tags: buruh paksakelapa sawit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JIM Bongkar Eksploitasi Buruh Paksa Didalangi Warga Bangladesh

JIM Bongkar Eksploitasi Buruh Paksa Didalangi Warga Bangladesh

17/04/2025
1

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membongkar aktiviti eksploitasi buruh paksa yang didalangi warga Bangladesh dalam serbuan di sebuah tapak...

JIM Selamatkan Lelaki Jadi Buruh Paksa Bawah Umur

JIM Selamatkan Lelaki Jadi Buruh Paksa Bawah Umur

17/08/2024
0

Shah Alam : Seorang lelaki warga asing bawah umur yang disyaki dieksploitasi untuk menjadi buruh paksa diselamatkan dalam operasi membanteras...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd