• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Pulih Bermula Rabu – Air Selangor

oleh
06/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekalan air di semua 274 kawasan terjejas dijangka pulih secara berperingkat bermula Rabu sehingga 6 petang Jumaat, selepas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA) telah memulakan operasinya pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman berkata, pada masa ini proses penstabilan rawatan air sedang dijalankan, sebelum mula diagihkan kepada pengguna terawal mulai pukul 12.00 tengah malam ini.

“Pemulihan  sepenuhnya dibahagikan kepada tiga kumpulan utama, kumpulan pertama merangkumi 145 kawasan yang akan menerima bekalan air sepenuhnya, menjelang pukul 6.00 petang Rabu.

“Kumpulan  kedua merangkumi  91 kawasan pada pukul 6 petang Khamis  ini, manakala kumpulan ketiga merangkumi 38 kawasan akan menerima bekalan air sepenuhnya pada pukul 6 petang, Jumaat ini,” katanya pada sidang media status Loji Rawatan Air Semenyih dan Gangguan Bekalan Air di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Putrajaya di Ibu Pejabat Air Selangor di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain Suhaimi berkata, setakat terkini sampel air yang diambil dari LRA Bukit Tampoi masih berada pada tahap 3 TON dan kerja-kerja pembersihan masih dijalankan.

Pengguna dinasihat untuk menggunakan air secara berhemat, bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Sejumlah 309,687 akaun pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas operasi di LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihentikan pada 4.30 petang semalam.

Pengguna di kawasan yang terjejas disaran untuk merujuk saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com, untuk mendapatkan jadual pemulihan. – BERNAMA

Tags: air selangorGangguan Bekalan Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd