Monday, December 9, 2024

Creating liberating content

Single Bukan Hal Aku,...

SELEPAS meraih populariti menerusi lagu Bawaku Pergi, Infiniti Cinta dan Terpulanglah, Kaka Azraff kembali...

Pelajar UITM Mati Lemas...

LUMUT - Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, dekat sini mati...

Video: Awek Dibogel, Dicucuh...

SEBUAH video memaparkan seorang wanita menyerang seorang gadis lain dalam sebuah lounge karaoke...

Balak Haram: Lebih Ramai...

PETALING JAYA - Lebih banyak serbuan dibuat di kawasan pembalakan sekitar Limbang dan...

Bahan Buangan, Sebatian Organik Punca Pencemaran Air

PUTRAJAYA – Bahan buangan dan sebatian organik tersisa dikenal pasti sebagai punca utama pencemaran air yang menjejaskan operasi Lori Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih sejak semalam.

Bahan berkenaan dijumpai di kawasan belukar di Jalan Emas, Kawasan Perindustrian Nilai, Negeri Sembilan.

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam kenyataannya berkata, sisa buangan haram yang berbau busuk itu disyaki diuruskan oleh syarikat tidak berdaftar.

Menurutnya, siasatan polis, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan merujuk kepada penemuan di kawasan itu sebagai sumber sekunder.

“Pengurusan Air Selangor masih belum dapat memulihkan bekalan kerana kesan bau yang masih kuat iaitu tujuh hingga lapan ton,” katanya.

Bagaimanapun katanya, pihak terbabit sedang berusaha untuk memulihkan bekalan secepat mungkin apabila kesan bau dapat dikurangkan kepada sifar ton.


Tambahnya, sampel tanah sudah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia manakala Majlis Bandaraya Seremban dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) membersihkan sisa pukal di lokasi tersebut hari ini.

Kenyataan itu turut menyebut kawasan pembuangan sisa organik terbabit dikawal rapi oleh JAS dan polis.

Sekurang-kurangnya 274 kawasan terjejas akibat insiden pencemaran air mentah di Sungai Semenyih, Selangor sejak semalam. – Sinar Harian

Kategori