• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alvin Goh Ditahan Semula Bawah POCA

oleh
30/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suspek utama kes pengubahan wang haram, Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, ditahan reman di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Tindakan menahan Alvin, 32, di bawah POCA dibuat selepas tempoh tahanan reman ke atasnya selama tiga hari sebelum ini tamat pada hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata selepas diberkas di sebuah pusat peranginan di Pahang, pada awal pagi Selasa lalu, Alvin ditahan reman mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Permohonan reman POCA akan dimohon di Mahkamah Kuala Lumpur esok, bagi membantu siasatan lanjut berhubung kegiatan dan aktiviti yang dijalankan Alvin.

“Siasatan selanjutnya akan dijalankan sepanjang tempoh POCA dikenakan ke atasnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alvin dikesan sering bersembunyi dari satu ke satu lokasi lain selepas melarikan diri dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, 11 Oktober lalu.

Suspek dikesan bersembunyi di sebuah residensi sebuah pusat peranginan di Pahang, bersama seorang wanita warga China dipercayai teman wanitanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, sebelum ini berkata Alvin disyaki adalah koordinator kepada aktiviti Macau Scam di negara China ditahan selepas pihaknya menjalankan risikan bagi mengesannya sejak 12 Oktober lalu.

Alvin ditahan pada jam 1.20 pagi, Selasa lalu bersama wanita warga asing dipercayai kekasihnya oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di luar Lembah Klang. – BH Online

Tags: alvin gohPengubahan Wang HaramPOCA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keterangan Ismail Sabri Akan Diambil Beberapa Kali Lagi

Keterangan Ismail Sabri Akan Diambil Beberapa Kali Lagi

12/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal dipanggil beberapa kali oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Bekas Guru Besar Mengaku Tidak Bersalah Terbabit Pengubahan Wang Haram

Bekas Guru Besar Mengaku Tidak Bersalah Terbabit Pengubahan Wang Haram

17/02/2025
0

KUALA TERENGGANU : Bekas seorang guru besar sebuah sekolah di Marang, mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan terbabit dalam Pengubahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd