Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Ahli UMNO Yang Mengundi...

Andai ada ahli UMNO yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dun Chempaka...

Kes Denggi N.Sembilan Catat...

SEREMBAN - Kes demam denggi di Negeri Sembilan mencatat peningkatan 14.7 peratus bagi...

Stereng Axia Terkunci Tiba-Tiba...

KECOH di media sosial apabila satu kejadian kemalangan membabitkan kereta Perodua Axia menjadi...

Mahkamah: Tiga Rakan Didakwa...

UALA LUMPUR - Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari...

Abdul Hadi Tak Menghadap Agong Terdekat Ini

SHAH ALAM – Pemimpin utama daripada PAS tidak dijadualkan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam masa terdekat ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berdasarkan laporan sebuah portal MalaysiaKini hari ini.

“Tidak,” katanya ringkas melalui pesanan aplikasi WhatsApp pagi ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika ditanya sama ada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara dalam masa terdekat.

Terdahulu, beberapa pemimpin parti politik dijadualkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong antaranya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan menghadap Seri Paduka esok.


Selain itu, antara nama turut disebut menghadap Seri Paduka selepas Ahmad Zahid ialah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Sebelum ini, PAS telah menegaskan bahawa kesemua 18 ahli Parlimen parti itu menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang memimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN). – Sinar Harian

Kategori