• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

93 Sekatan Jalan Raya Di KL, Putrajaya, Selangor

oleh
14/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 93 sekatan jalan raya (SJR) dilaksana di ibu negara, Putrajaya dan Selangor pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hari ini.

Jumlah itu membabitkan 64 SJR di Selangor, manakala 29 lagi di Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, seramai 1,600 pegawai dan anggota polis dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) terbabit penugasan itu.

Beliau menasihati orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan hanya keluar rumah sekiranya mempunyai urusan penting demi memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, 29 SJR di ibu negara dan Putrajaya dilaksana berpandukan SOP ditetapkan kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

“Mana-mana individu yang ingkar akan diambil tindakan mengikut peruntukan perundangan sedia ada,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya berkuat kuasa sehingga 27 Oktober susulan peningkatan kes Covid-19 sekali gus membendung penularan wabak itu. – myMetro Online

Tags: perintah kawalan pergerakan bersyaratSekatan Jalan Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SJR Tak Dilaksanakan Selepas Rentas Negeri Dibenarkan

07/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) bagi memeriksa mereka yang belum divaksinasi selepas kebenaran rentas...

“Terima Kasih Kerana Bantu Jaga SJR” – PM

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan kepada semua anggota penguat kuasa yang membantu operasi sekatan jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd