Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Haram Guna UC Untuk...

Hukum melakukan proses tikaman dengan cara membuka peti-peti (crates) menggunakan duit UC yang dibeli dengan wang ringgit adalah haram kerana mempunyai unsur perjudian yang dilarang dalam agama kerana mempunyai elemen zero-sum game; iaitu bergantung kepada nasib (luck) semata-mata. Di samping itu, menafikan hak pembeli untuk membeli apa yang dihajati.

Bantuan Kerajaan BN Tidak...

BAGAN DATUK - Kerajaan Barisan Nasional (BN) menyalurkan bantuan kepada rakyat secara berterusan...

Beban RM7.4 Bilion Kos...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bakal menanggung kos rawatan penyakit utama akibat merokok seperti...

Fouziah Gous Namakan Anak...

SEPERTI umum mengetahui, pelakon dan pengacara Fouziah Gous telah selamat menimang cahaya mata...

589 Kes Baharu COVID-19, 409 Sembuh Hari Ini

PUTRAJAYA – Jumlah kes baharu COVID-19 di negara ini kekal tiga angka iaitu sebanyak 589 kes dan Sabah terus kekal mencatatkan kes tinggi iaitu 304 kes atau 51.6 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 18,129 kes.

“Ingin dimaklumkan daripada 589 kes baharu yang dilaporkan, terdapat tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang semuanya membabitkan warga asing.

“Sehingga kini, seramai 103 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 31 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 409 kes sembuh COVID-19 hari ini sekali gus menjadikan jumlah tertinggi pernah dicatatkan sejak penularan wabak berkenaan di negara ini.


Jumlah kes sembuh tertinggi pernah dilaporkan di negara ini ialah 350 kes yang dicatatkan pada Selasa lalu.

Beliau berkata, pertambahan kes sembuh itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 12,014 kes bersamaan 66.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Daripada jumlah kes pulih itu, antara negeri yang mencatatkan kes sembuh ialah Sabah iaitu 111 kes, diikuti Selangor iaitu 50 kes, Terengganu lima kes, Johor mencatatkan lapan kes dan Pahang satu kes,” katanya. – BH Online

Kategori