• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Kematian, 660 Kes Baharu Covid-19

oleh
14/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penularan Covid-19 dalam negara terus merekodkan angka tertinggi iaitu 660 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 17,540 kes, dengan empat kes kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu dilaporkan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 5,768 kes.

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, kes penularan tempatan merekodkan 654 kes, selebihnya kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada kes penularan tempatan, 608 kes membabitkan warganegara manakala 46 kes bukan warganegara.

“Bagi kes import pula, dua adalah warganegara dan empat bukan warganegara iaitu dari Singapura (3 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Indonesia (2 kes daripada saringan kapal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan Filipina (1 kes daripada saringan kapal di Wilayah Persekutuan Labuan),” katanya dalam sidang media secara maya yang disiarkan di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 429 kes iaitu 65 peratus susulan aktiviti saringan yang dilakukan di lapangan.

Berhubung kes kematian, katanya, kesemua empat kematian dilaporkan di Sabah menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat 167 kes.

“Kes kematian ke-164 (kes ke-11,152) membabitkan lelaki berusia 80 tahun mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan gout dilaporkan meninggaldunia di Hospital Lahad Datu, Sabah.

“Manakala kes kematian ke-165 (kes ke-17,307) adalah wanita berusia 63 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan kencing manis meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

“Kes kematian ke-166 dan 167 (kes ke-17,308 dan 17,309) membabitkan wanita berusia 73 tahun serta 47 tahun yang meninggal dunia di Hospital Duchess Of Kent. Kedua-duanya mempunyai penyakit darah tinggi,” katanya. 

Selain itu, katanya, terdapat 233 kes pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 11,605 kes.

Sehingga kini 108 pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 35 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd