• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,228 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

oleh
24/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini melonjak dan mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,228 kes serta kali pertama melepasi empat angka.

Ia mengatasi kes tertinggi yang pernah dicatatkan iaitu 869 kes pada 17 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Sabah mencatatkan kes terbanyak dengan 889 kes atau 72.4 peratus. 

Menurutnya, ia menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 25,742 kes dengan kes aktif dengan kebolehjangkitan ketika ini adalah 8,966 kes. 

Katanya, mereka itu sudah diasingkan dan diberi rawatan lanjut.

“Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 95 kes (7.7 peratus dari jumlah keseluruhan kes). 

“Daripada 95 kes baharu itu, 29 kes (30.5 peratus) adalah daripada kluster sedia ada dan baharu.

“Untuk makluman, negeri-negeri ini dan juga Sabah sudah diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.

Menurutnya, sebanyak 502 kes iaitu 41 peratus dari jumlah keseluruhan kes hari ini adalah membabitkan tahanan dalam Kluster Penjara Kepayan, Kluster Penjara Seberang Perai, Penjara Reman dan Kluster Tembok. 

Katanya, kes berkenaan sememangnya terasing di dalam penjara.

“Sebanyak dua kes pula membabitkan pengunjung yang pulang dari Sabah, ia menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke negeri itu sejak 20 September lalu adalah 468 kes.

“Daripada 1,228 kes baharu pada hari ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. 

“Kes berkenaan membabitkan tiga warganegara dan lapan bukan warganegara yang tiba dari Singapura (5 kes), Indonesia (3 kes), China (2 kes) dan Emiriah Arab Bersatu (1 kes),” katanya pada sidang media harian Covid-19, hari ini.

Menurutnya, bilangan kes pulih Covid-19 hari ini pula mencatatkan sebanyak 671 kes dan menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya adalah 16,555 kes atau 64.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. 

Beliau berkata, terdapat juga tujuh pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia mencecah sebanyak 221 kes atau 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sehingga kini, terdapat 92 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan 31 kes memerlukan bantuan pernafasan. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd