• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warisan Dakwa Akan Wujud ‘Sandiwara’ Hari Mengundi

oleh
21/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMIMPIN Warisan, Mohammadin Ketapi mendakwa akan wujud “1 permainan” oleh pembangkang di Sabah untuk cuba menakutkan pengundi dengan mengatakan Covid-19 semakin membarah terutama di Parlimen Silam menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Silam berkata, pembangkang didakwa mencetuskan isu itu kerana takut kehilangan undi orang Cina yang lebih memihak kepada Warisan.

“Konon 2, 3 hari sebelum mengundi akan menular Covid-19, sangat serius katanya di P188. Ada lagi mainan mereka (pembangkang) kononnya akan ada orang disuruh pengsan di tempat mengundi kerana Covid-19.

“Bukan Covid-19 itu, itu wayang dan sandiwara supaya mereka nak pengundi lari bertempiaran balik,” katanya ketika berkempen di Silam yang disiarkan secara langsung di Facebook, hari ini.

Beliau juga mendakwa, ada pihak cuba menyogok pengundi untuk berpura-pura pengsan pada hari membuang undi.

“Tau-tau orang yang pengsan itu dikasi (diberi) duit untuk pura-pura pengsan,” katanya.

Sebelum ini, bekas menteri persekutuan itu dikritik hebat oleh pemimpin pembangkang kerana memberi ucapan berbaur penghinaan terhadap anggota keselamatan yang menggadai nyawa mempertahankan kedaulatan negara.

Mohammadin didakwa menyifatkan pengorbanan anggota keselamatan dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu sebagai “sandiwara”. – FMT

Tags: Covid-19PRN Sabahwarisan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

30/12/2025
0

KOTA KINABALU: Calon yang bertanding atas tiket BEBAS pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah 29 November lalu, Mohd Ismail...

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd