• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunggu SOP Arab Saudi Sebelum Tetapkan Kos Umrah

oleh
30/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Agensi pengelola umrah disaran menunggu prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sebelum menetapkan kos sebenar yang akan dikenakan kepada jemaah umrah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, buat masa ini, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi masih belum mengeluarkan SOP pelaksanaan ibadah umrah dalam suasana koronavirus (Covid-19) yang belum pulih.

Beliau berkata, SOP yang dikeluarkan nanti akan menetapkan bilangan jemaah dalam penerbangan, bilangan jemaah bilik penginapan, bilangan jemaah dalam bas dan lain-lain.

Jelas Zulkifli, kos pengangkutan dan penginapan adalah antara yang dijangka mengalami perubahan.

“Jadi kita harap, agensi-agensi pengelola umrah itu dapat menunggu terlebih dahulu sebelum menetapkan sebarang kos kepada jemaah yang ingin menunaikan umrah.

“Kerajaan juga telah mendapatkan maklum balas Kedutaan Arab Saudi di Malaysia dan setakat ini, tidak ada sebarang pengumuman terbaharu berhubung hal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah Zulkifli, kerajaan akan sentiasa berusaha mendapatkan perkembangan semasa dan terkini daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dan bekerjasama dengan agensi pengelola umrah bagi memudahkan pelaksanaan ibadah umrah bagi umat Islam di negara ini.

Terdahulu, sebuah akhbar tempatan melaporkan tentang kerisauan beberapa pengendali syarikat umrah berhubung kos menunaikan ibadah umrah berikutan levi pelepasan udara ke luar negara yang dijangka meningkat sebanyak 25 peratus.

Susulan itu, rata-rata pengendali syarikat umrah dilaporkan mungkin akan menaikkan harga pakej umrah kepada pelanggan antara 20 ke 30 peratus berikutan peningkatan kos levi serta caj lain yang bakal dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi. – Sinar Harian

Tags: Arab Saudiumrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd