• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semalam Catat Jumlah Ingkar PKPP Dikompaun Tertinggi

oleh
01/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jumlah mereka yang dikompaun kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam menunjukkan peningkatan mendadak kepada 673, jumlah tertinggi sejak pelaksananaan perintah itu, kata  Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata aktiviti kelab malam merekodkan jumlah yang dikompaun tertinggi iaitu 600 individu, diikuti penjarakan sosial (127) dan gagal merekod butiran pelanggan (14).

“Ini menunjukkan bahawa keingkaran bertambah, mungkin rakyat telah merasakan bahawa PKPP sudah tidak ada prosedur operasi standard yang perlu dipatuhi sebab itu ramai yang dikenakan kompaun,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan PKPP hari ini. 

Selain itu, beliau berkata seramai 98 individu direman dan tujuh lagi dijamin menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan kerana ingkar PKPP semalam seramai 778 orang. 

Bagi kawalan sempadan negara menerusi Operasi Benteng, Ismail Sabri berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan 63 sekatan jalan raya dan menahan seorang warga asing kerana kesalahan imigresen. 

Sementara itu, seramai 20,840 individu pulang ke tanah air sejak 24 Julai hingga semalam dan daripada jumlah itu, 8,767 sedang menjalani kuarantin wajib di 72 hotel dan empat Institut Latihan Awam (ILA), 66 individu dibawa ke hospital untuk rawatan dan 12,007 lagi telah dibenarkan pulang. 

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan turut memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Aman Jaya, Kedah yang dilaksanakan bermula 28 Ogos akan berkuat kuasa hingga 10 September ini.

Mengenai Tabung COVID-19 yang dilancarkan pada 11 Mac lepas, Ismail Sabri berkata tabung itu telah menerima sumbangan berjumlah RM44.517 juta daripada institusi diraja, syarikat swasta dan rakyat Malaysia.

Daripada jumlah itu, RM31.5 juta telah dibelanjakan, merangkumi Program Bakul Makanan (RM25.23 juta), Bantuan Khas Pengurusan Kematian (RM595,000) dan Bantuan Khas Hilang Pendapatan (RM5.67 juta).

Tarikh tutup permohonan Bantuan Khas COVID-19 telah dilanjutkan mengikut tempoh pelaksanaan PKP iaitu sebulan selepas PKP ditamatkan, dengan maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman sesawang Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadma), katanya. – BERNAMA

Tags: Covid-19kompaunLanggar PKPP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO, PAS, BERSATU Wujud Jawatankuasa Bahagi Kerusi

Next Post

Sekat Masuk Pemegang Pas Dari India, Indonesia, Filipina

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Sekat Masuk Pemegang Pas Dari India, Indonesia, Filipina

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd