• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU-15 Lebih Awal Jika GRS Menang Di Sabah

oleh
18/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Pilihan Raya Umum ke-15 boleh diadakan lebih awal jika Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

Muhyiddin berkata, PRN Sabah penting kerana ia penentu masa depan negara, khususnya kepada rakyat Sabah.

“Di peringkat nasional kita belum putuskan bila mahu adakan pilihan raya… tetapi di Sabah kalau kita sudah menang… kita cepat-cepatlah adakan pilihan raya di peringkat pusat.

“Apa yang penting PRN Sabah ini, adalah isyarat yang kita dapat diperolehi sama ada rakyat menyokong Perikatan Nasional (PN) atau rakyat mahu saya menjadi Perdana Menteri kerana kita mahu Malaysia bergerak maju ke hadapan dan kita mahu Malaysia berjaya. Salah satu cara untuk berjaya adalah terus bersama saya,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri dengan penduduk tempatan di sini, hari ini.

Acara itu turut dihadiri Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; calon PN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan, Fairuz Renddan dan calon Barisan Nasional (BN) kerusi Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata, rakyat Sabah perlu memastikan GRS menang dalam PRN Sabah supaya kerajaan negeri sehaluan dengan Kerajaan Pusat.

“Keputusan ada di tangan rakyat Sabah… kalau ada pilihan untuk membentuk kerajaan baharu… jangan lagi pilih Parti Warisan Sabah (WARISAN) kerana Pakatan Harapan (PH) sudah tiada dan tidak lagi memerintah negara.

“Takkan rakyat Sabah masih mahu pilih pembangkang dalam keadaan yang begitu kritikal ketika ini, dengan ekonomi merundum kerana COVID-19. Sebab itu situasi sukar ini kita perlu atasi dan sebab itu kita perlu kerajaan sehaluan,” katanya.

Beliau berkata pemulihan ekonomi negara perlu dilakukan secara bersama oleh kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Walaupun kita terbaik dalam menangani COVID-19 tetapi kita tidak mahu nanti negara kita akan jadi yang terburuk dalam pemulihan akibat penularan COVID-19.

“Sekiranya kerajaan Sabah ini diterajui oleh GRS selepas PRN Sabah pada 26 September ini, saya berjanji akan membantu Sabah untuk memulihkan ekonomi seperti sebelum penularan COVID-19 atau lebih baik daripada itu,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: gabungan rakyat sabahPRN SabahPRU-15
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

NGO Kesal Syed Saddiq Plagiat Tubuh ‘Muda’

Next Post

Harga RON97, RON95 Turun 3 Sen, Diesel Turun 5 Sen

Related Posts

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

19/03/2023
0

KUALA TERENGGANU: Rakaman video memaparkan seorang lelaki meminta pengundi bersumpah mengundi PAS, antara yang dikemukakan pihak pempetisyen ketika perbicaraan Petisyen...

Pemimpin BERSATU Gesa SPRM Siasat Perbelanjaan Mewah PH, BN Semasa PRU15

Pemimpin BERSATU Gesa SPRM Siasat Perbelanjaan Mewah PH, BN Semasa PRU15

07/02/2023
0

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat perbelanjaan mewah oleh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) semasa...

Next Post

Harga RON97, RON95 Turun 3 Sen, Diesel Turun 5 Sen

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd