• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sabah: Isi Borang Calon Sebelum 12 September

oleh
09/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Bakal-bakal calon yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, dinasihatkan agar mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang pencalonan, sebelum hari penamaan calon pada 12 September ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Ikmalrudin Ishak berkata, semakan itu boleh dibuat dengan pejabat pegawai pengurus atau pejabat pilihan raya negeri Sabah.

Beliau berkata pada hari penamaan calon, kertas penamaan calon boleh dikemukakan bermula pada jam 9.00 hingga 10.00 pagi, kepada pegawai pengurus pilihan raya di 73 bahagian pilihan raya oleh calon, pencadang dan penyokong; mana-mana dua orang daripada mereka atau mana-mana seorang daripada mereka.

“Selain itu bakal-bakal calon juga disarankan untuk membuat pembayaran deposit lebih awal dan resit pembayaran perlu dibawa pada hari penamaan calon sebagai bukti bayaran,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Ikmalrudin berkata, bagi calon yang mewakili mana-mana parti politik, adalah diingatkan bahawa surat kebenaran untuk menggunakan simbol parti yang diwakili hendaklah dikemukakan semasa menyerahkan kertas penamaan calon.

Beliau berkata, selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa, hanya calon, pencadang calon dan penyokong calon, dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon.

Katanya, aktiviti berkumpul dan perarakan oleh penyokong calon bertanding juga tidak dibenarkan, di mana-mana tempat sepanjang hari penamaan calon.

“SPR menyeru kepada semua calon dan parti-parti politik yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pada hari penamaan calon,” katanya. – BERNAMA

Tags: DUN SabahPRN Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

30/12/2025
0

KOTA KINABALU: Calon yang bertanding atas tiket BEBAS pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah 29 November lalu, Mohd Ismail...

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd