• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Serah Kertas Siasatan Kes Khairuddin Minggu Depan

oleh
04/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis akan menyerahkan kertas siasatan melibatkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, selewat-lewatnya minggu depan berhubung kegagalan menteri itu mematuhi kuarantin wajib di rumah, selepas pulang dari Turki, Julai lepas.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata, kertas siasatan tersebut hampir siap dan akan dihantar ke pejabat Peguam Negara, untuk tindakan selanjutnya.

“Kertas siasatan hampir selesai dan kita sudah mengambil keterangan daripada beliau sebelum ini. Selewat-lewatnya kertas siasatan akan dihantar ke pejabat Peguam Negara pada minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Mior Faridalathrash berkata, pada 27 Ogos lepas pihaknya telah mengambil keterangan Mohd Khairuddin dan beberapa saksi, berhubung kes ingkar kuarantin tersebut.

Media sebelum ini melaporkan Mohd Khairuddin dan tiga ahli keluarganya telah memberi keterangan di Bukit Aman bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, isu mengenai Ahli Parlimen Kuala Nerus itu telah diserahkan kepada polis untuk disiasat.

Mohd Khairuddin dikenakan kompaun RM1,000 pada 7 Ogos lepas atas kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pula dilaporkan, mengesahkan pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap Mohd Khairuddin, yang gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki pada 7 Julai lepas. – BERNAMA

Tags: kuarantinmohd khairuddin aman razali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sindiket Di China Jual Daging Kucing Sebagai Daging Kambing, Lembu, Babi

Dewan Rakyat: Nombor Tidak Aktif Akan ‘Dikuarantin’ 6 Bulan

24/10/2023
0

KUALA LUMPUR – Kesemua nombor yang tidak aktif akan masuk tempoh kuarantin atau ‘cooling off period’ selama enam bulan sebelum...

Thailand Gesa Pesakit Covid-19 Patuhi Kuarantin 10 Hari

Thailand Gesa Pesakit Covid-19 Patuhi Kuarantin 10 Hari

17/07/2022
0

BANGKOK – Pihak berkuasa kesihatan awam Thailand mendesak orang ramai agar mematuhi tempoh kuarantin kendiri selama 10 hari jika disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd