• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyeragaman Maklumat Saluran Bantuan Kepada Golongan Miskin

oleh
13/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan akan memastikan penyeragaman maklumat lebih tersusun dalam penyaluran bantuan kepada golongan miskin agar tidak berlaku pertindihan bantuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata lima kumpulan utama iaitu kerajaan pusat, kerajaan negeri, Majlis-Majlis Agama Islam Negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan juga syarikat korporat perlu memainkan peranan bagi memastikan penyelarasan maklumat penerima bantuan. 

Katanya, penyeragaman maklumat penting kerana kesemua lima kumpulan yang menyalurkan bantuan memainkan peranan amat besar dalam membantu golongan yang tidak berkemampuan.

“Umpamanya, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang mengutip zakat lebih RM900 juta setahun dan separuh daripada kutipan itu adalah untuk digunakan membantu asnaf secara langsung.

“Malah, penyeragaman maklumat juga perlu untuk memudahkan NGO dan syarikat korporat yang mempunyai beberapa program membasmi kemiskinan kepada golongan asnaf terpilih agar mereka tidak tercicir,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Dapatan Kajian Pendapatan Garis Kemiskinan Wilayah Pantai Timur di sini.

Seminar anjuran Unit Perancang Ekonomi dengan kerjasama Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Jabatan Perangkaan itu membabitkan 100 peserta dari Kelantan, Terengganu, Pahang dan Mersing yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan, NGO dan institut pengajian tinggi.

Mustapa berkata pihaknya turut mengakui sebelum ini ada berlaku ketidakseragaman maklumat penerima bantuan berdasarkan maklumat dan juga aduan yang diterima. 

Katanya, setakat ini kerajaan bergantung kepada angka penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Mengulas lanjut, Mustapa berkata isu kemiskinan adalah perkara yang akan ditangani sebaik mungkin dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), malah pelbagai pihak telah memberi pelbagai pandangan untuk mengatasinya. 

“Semua bangsa mengalami ‘insiden’ kemiskinan, termasuk kemiskinan bandar dan luar bandar. Dalam konteks Kelantan, ia adalah kedua tertinggi dengan bilangan isi rumah kira-kira 40,000 tergolong dalam golongan miskin dan sudah pasti perlu diberi perhatian lebih. 

“Maka, RMK12 kita perlu merangka kaedah yang lebih berkesan untuk menangani masalah kemiskinan ini termasuk kemiskinan bandar yang juga melibatkan beberapa negeri di pantai timur, Sabah dan Sarawak selain beberapa kelompok masyarakat termasuk golongan Orang Asli,” katanya. – BERNAMA

Tags: golongan miskinMustapa MohamedSaluran Bantuan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRN Sabah: 447 Calon Disahkan Bertanding Di 73 DUN

Next Post

Veveonah Besar Hati Dijemput Makan Malam Bersama PM

Related Posts

Belanjawan 2023: 130,000 Rakyat Tersusah Dibantu, IPR Tumpu Pengupayaan Golongan Miskin

Belanjawan 2023: 130,000 Rakyat Tersusah Dibantu, IPR Tumpu Pengupayaan Golongan Miskin

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membantu kira-kira 130,000 orang rakyat tersusah tanpa mengira latar belakang kaum untuk keluar daripada belenggu kemiskinan...

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Next Post

Veveonah Besar Hati Dijemput Makan Malam Bersama PM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd