• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah Jabatan Kerajaan, Anak, Menantu Direman SPRM

oleh
15/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tiga sekeluarga termasuk seorang pengarah bahagian di sebuah jabatan kerajaan direman empat hari mulai hari ini untuk membantu siasatan kes menerima suapan bagi mempercepat siasatan dan rayuan mengurangkan kompaun terhadap beberapa pemilik not nelayan.

Perintah reman hingga 18 September itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini hari ini.

Menurut sumber SPRM, pengarah itu bersama anak perempuan dan menantunya yang berumur 32 hingga 59 tahun ditahan antara 11.50 pagi dan 12.10 tengah hari semalam di Ibu Pejabat SPRM di sini ketika hadir memberi keterangan.

Mereka dibawa ke mahkamah kira-kira 9.30 pagi dengan berpakaian lokap SPRM berwarna oren dan tangan bergari.

Menurut sumber SPRM, pengarah itu dipercayai meminta dan menerima suapan antara RM500 dan RM2,000 daripada pemilik bot nelayan tempatan.

Suapan itu sebagai balasan untuk mempercepatkan tindakan siasatan serta rayuan bagi mengurangkan kompaun terhadap pemilik bot nelayan yang melanggar peruntukan Akta Perikanan 1985 supaya mereka boleh mendapatkan semula bot-bot mereka yang telah ditahan, katanya.

Menurut sumber SPRM itu, wang suapan  disyaki didepositkan ke dalam akaun anak perempuannya.

Pengarah SPRM Putrajaya, Hasbilah Mohamad Salleh yang mengesahkan penahanan itu berkata kesemua individu terbabit disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) dan Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

SPRM turut menyita wang tunai dianggarkan berjumlah lebih RM21,000, barangan kemas dan jam tangan mewah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes. – BERNAMA

Tags: jabatan kerajaanrasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd