• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pavithra Serah Surat Tarik Balik Dakwaan Dipukul Suami

oleh
08/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa pihak pendakwaan telah menerima surat rasmi daripada YouTuber masakan, S.Pavithra untuk menarik balik pertuduhan terhadap suaminya, M. Sugu.

Timbalan Pendakwa Raya, Naidatul Athirah Azman berkata pihaknya telah menerima surat tersebut Jumaat lalu namun belum ada sebarang keputusan daripada Pengarah Pendakwaan Negeri sama ada untuk meneruskan prosiding atau sebaliknya.

Sugu, 29, seorang bekas pekerja ladang, didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian bibir, pipi sebelah kiri dan lengan kanan isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, antara jam 4 hingga 6 petang, 21 Julai lalu.

Selain itu, Sugu turut didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 66 sentimeter kira-kira jam 6 petang pada tempat dan tarikh sama.

Pada prosiding hari ini, Sugu diwakili peguam Jude Pereira dan Syahrul Nizam Mohd Rabi.

Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir kemudiannya membenarkan tarikh sebutan semula kedua-dua kes pada 17 September ini. – BERNAMA

Tags: m sugus pavithrayoutuber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

YouTuber Didenda RM2,500 Kerana Miliki Dadah

YouTuber Didenda RM2,500 Kerana Miliki Dadah

22/06/2023
0

PETALING JAYA : Seorang YouTuber didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas kesalahan memiliki dadah di kawasan parkir sebuah...

Rakan Youtuber Terkenal Didakwa Bunuh Teman Wanita

15/04/2022
0

Seorang lelaki yang merupakan rakan seorang Youtuber terkenal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Balik Pulau hari ini atas pertuduhan membunuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd