• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Zahir Ucapan Takziah Kemangkatan Emir Kuwait

oleh
30/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan Emir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya ingin menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Emir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah.

“Semoga Allah SWT memberkati baginda dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya.

Ucapan sama turut dizahirkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mendoakan Almarhum sentiasa diberkati dan keluarga baginda dikurniakan ketabahan.

“Didoakan, semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan mengurniakan kekuatan serta ketabahan kepada keluarga Al-Sabah serta rakyat Kuwait dalam mendepani saat sukar ini,” katanya.

Pemerintah Kuwait yang dikenali sebagai arkitek dasar luar Kuwait moden dan turut menjadi perantara ketika berlaku ketegangan di kawasan Teluk disahkan meninggal dunia semalam pada usia 91 tahun.

Sheikh Sabah mempunyai reputasi yang tinggi sebagai pemimpin yang banyak membantu negaranya dalam serangan Iraq pada 1990, krisis pasaran minyak dunia dan pergolakan di Parlimen serta jalanan. – BH Online

Tags: emir kuwaitMuhyiddin YassinSheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd