• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kluster Benteng LD: 64 Banduan Disahkan Positif Covid-19

oleh
07/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penularan Covid-19 Kluster Benteng LD merekodkan 64 kes membabitkan banduan, selain seorang pegawai penjara dan anak saudaranya sepanjang kluster itu mula dikesan sejak 1 September lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 30 kes positif dalam kluster itu membabitkan warga tempatan, manakala 36 lagi kes bukan warganegara.

Katanya, seramai 1,404 individu disaring membabitkan 631 banduan, 98 kakitangan penjara, 157 ahli keluarga kakitangan dan banduan, 78 anggota polis serta 440 pegawai agensi kerajaan yang lain di dua daerah iaitu Lahad Datu dan Tawau.

“Di Lahad Datu, seramai 420 individu disaring dengan 50 kes dikesan positif, 337 individu negatif dan 33 individu masih menunggu keputusan.

“Di Tawau pula, 984 individu disaring dengan 16 kes dikesan positif, 230 individu negatif dan 738 individu masih menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Hisham berkata, berdasarkan analisa risiko yang dijalankan, faktor penularan Covid-19 bagi kluster itu adalah ruang lokap yang sesak dan sempit menyebabkan penjarakan fizikal sukar diamalkan. 

“Ini adalah penyumbang utama penularan jangkitan virus itu dalam kalangan banduan. 

“Justeru, kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) adalah penting dan harus diamalkan sepanjang masa tanpa mengira tempat,” katanya.

Terdahulu, Noor Hisham memaklumkan kluster itu dikenal pasti pada 1 September lalu yang bermula daripada dua pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ditahan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu pada 24 Ogos lalu.

Beliau memaklumkan mereka disaring dan didapati positif Covid-19 pada 31 Ogos lalu sebelum dimasukkan ke Hospital Lahad Datu dan aktiviti pengesanan kes secara aktif serta saringan kontak rapat dijalankan.

Portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan, daerah Lahad Datu berubah dari zon kuning kepada zon merah berikutan 50 kes yang direkodkan berkaitan jangkitan Covid-19 di daerah itu. – myMetro Online

Tags: banduanCovid-19kluster benteng ld
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

01/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang peguam ditahan selepas disyaki bersubahat dengan banduan untuk menyeludup masuk dadah ke Penjara Marang, dekat sini. Ketua...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd