• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan PN Prihatin, Tak Zalimi Rakyat – Muhyiddin

oleh
24/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELURAN – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah sebuah kerajaan prihatin yang memikirkan masalah rakyat, mencari jalan menyelesaikan masalah pendudk dan sama sekali tidak akan menzalimi mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata semenjak menerajui kerajaan PN, beliau amat menitikberatkan aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat kerana bagi dirinya, kerajaan yang tidak memikirkan nasib rakyat adalah kerajaan yang tidak bertanggungjawab. 

“Saya tidak mahu melihat rakyat susah, menangis minta sedekah mahu makan…itu bukan kehendak saya sebagai perdana menteri.

“Sebab itu saya akan terus usahakan wang (negara) yang saya kumpul banyak-banyak bukan untuk saya. Saya tidak rasuah, segala apa yang ada yang boleh saya gunakan untuk bantu rakyat, saya akan bantu rakyat, apa yang termampu,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama penduduk di Tapak Pasar Tamu Beluran, di sini, hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Beluran yang juga Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan calon PN Dewan Undangan Negeri  (DUN) Labuk, Samad Jambri bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.

Muhyiddin berkata, pandemik COVID-19 antara lain telah membuktikan bagaimana kerajaan, yang diiktiraf sebagai antara negara terbaik dalam menguruskan wabak itu, begitu peka terhadap keluh kesah rakyat yang menghadapi kesukaran ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jelasnya ia menerusi pelbagai inisiatif diumum dan dilaksana kerajaan seperti Pakej Rangsangan Ekonomi, Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA), Bantuan Prihatin Nasional dan pakej Kita Prihatin berjumlah RM10 bilion yang baru diumumkan semalam. 

“Apa kerajaan Warisan buat, apa mereka buat. Saya pergi banyak tempat saya tanya ada ketua menteri kata mahu bantu tapi sampai sekarang tidak terima lagi duit. Saya tidak biasa membanggakan diri kerana saya buat bukan untuk diri saya, satu sen pun saya tidak guna kerana ia untuk rakyat.

“Kita prihatin rakyat, kita nak menolong rakyat, yang paling bawah terkesan dapat wang lebih besar, yang sudah kaya raya tak perlu dibagi apa pun dia masih boleh hidup, jadi apa yang kita lakukan adalah untuk menjaga rakyat kita,” katanya.

Justeru, Muhyiddin, yang juga Pengerusi PN, berkata nasib rakyat Negeri di Bawah Bayu itu akan lebih terbela sekiranya kerajaan negeri yang akan dibentuk nanti selari dengan kerajaan Persekutuan sekarang.

“Kalaulah negeri ini bersama-sama sehaluan dan sekapal sehati dan sejiwa dengan saya, pastinya rakyat Sabah akan lebih terbela, itu mantik dan logiknya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kerajaan PNperikatan nasionalPRN Sabah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Rekod Keterangan Mohamaddin Selepas PRN Sabah

Next Post

Jamawi Nafi Beri Wang, Hanya Beri Kad Calon

Related Posts

Bentang RUU Anti Lompat Parti Sebelum PRN Sabah-PH

Bentang RUU Anti Lompat Parti Sebelum PRN Sabah-PH

15/01/2023
0

KOTA KINABALU : Pakatan Harapan (PH) Sabah mencadangkan kerajaan negeri membentang Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dalam persidangan Dewan Undangan...

Tiada Keperluan PRN Sabah, Fokus Kebajikan Rakyat – Ahmad Zahid

Tiada Keperluan PRN Sabah, Fokus Kebajikan Rakyat – Ahmad Zahid

10/01/2023
0

KUALA LUMPUR – “Saya yakin rakyat Sabah tidak mahukan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.” Ikuti Mynewshub: Telegram Demikian jawapan ringkas Timbalan...

Next Post

Jamawi Nafi Beri Wang, Hanya Beri Kad Calon

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd