• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kaji Pengkelasan Semula Kumpulan Isi Rumah

oleh
02/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji penggunaan konsep desil iaitu B1, B2, B3 dan B4 bagi mengklasifikasikan pendapatan rakyat di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, langkah itu dibuat agar ia selari dengan Survei dan Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES & BA) 2019 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia.

“Perkara ini sedang dipertimbangkan dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-12, 2021-2025 selepas satu kajian lanjut pengkelasan semula kumpulan isi rumah dilaksanakan.

“Kajian ini akan mengambil kira ciri dan keperluan kumpulan pendapatan.

“Usaha ini dijangka akan membantu kerajaan mengenal pasti kumpulan khusus mengikut keperluan sebenar kumpulan pendapatan masing-masing seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya di Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Liew Chin Tong (PH) sama ada kerajaan akan mengubah klasifikasi pendapatan di Malaysia daripada B40, M40, dan T20 kepada B20, M60 dan T20 selepas Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) meningkat kepada RM2,208 berbanding RM980 pada tahun 2016.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, berdasarkan dapatan daripada Survei dan Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES & BA) 2019 yang dilaksanakan Jabatan Perangkaan Malaysia, had pendapatan bagi kumpulan B40 pada tahun 2019 yang merangkumi 2.91 juta isi rumah adalah di bawah RM4,849.

Katanya, had pendapatan kumpulan M40 yang melibatkan 2.91 juta isi rumah pula adalah antara RM4,850 hingga RM10,959.

“Sementara itu, sebanyak 1.46 juta iaitu rumah berada di kumpulan T20 dengan pendapatan melebihi RM10,960.

“Untuk makluman ahli Yang Berhormat, buat masa ini kerajaan masih menggunakan klasifikasi kumpulan pendapatan di Malaysia sedia ada iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah atau B40, isi rumah berpendapatan 40 peratus menengah atau (M40) dan isi rumah berpendapatan 20 peratus tertinggi iaitu T20,” katanya.

Katanya, pengkelasan kumpulan isi rumah adalah mengikut amalan antarabangsa termasuk Bank Dunia. – Sinar Harian

Tags: Isi RumahMustapa Mohamedpendapatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ikram Nafi Seleweng Wang Zakat, Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Ikram Nafi Seleweng Wang Zakat, Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyelewengan pengurusan...

Kredit Bantuan Automatik Isi Rumah Bawah RM2,208

Kredit Bantuan Automatik Isi Rumah Bawah RM2,208

07/11/2022
0

PETALING JAYA : Barisan Nasional (BN) menerusi manifesto menawarkan insiatif iaitu memasukkan atau mengkreditkan bantuan secara automatik kepada semua isi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd