• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Global COVID-19 Melebihi 1 Juta

oleh
30/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Angka kematian COVID-19 di seluruh dunia telah melampaui satu juta, mencapai 1,000,040 pada Selasa, menurut jumlah terbaharu dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sehingga jam 5.08 petang CEST (1508 GMT) pada Selasa, terdapat 33,249,563 kes COVID-19 yang disahkan, termasuk 1,000,040 kematian, dilaporkan kepada WHO.

Di Algeria, terdapat 155 kes COVID-19 baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 51,368, kata Kementerian Kesihatan.

Ia juga mengumumkan tujuh kematian baharu akibat COVID-19, menjadikan angka kematian di negara Afrika Utara itu kepada 1,726.

Di Lima, sebanyak 10 peratus kematian akibat COVID-19  di Peru melibatkan pesakit dengan penyakit kardiovaskular, kata Pengarah Koordinator Penyakit Tidak Berjangkit, Jorge Hancc.

Pakar itu berkata penyakit jantung adalah salah satu risiko utama kematian COVID-19, yang sehingga kini telah meragut 32,324 nyawa di Peru dan menjangkiti 808,714 orang.

Sementara itu di Tripoli, sebanyak 801 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Libya, menjadikan keseluruhan kes kepada  34,014.

Pusat Kawalan Penyakit Kebangsaan Libya juga mengumumkan 384 pemulihan baharu dan 13 kematian lagi, meningkatkan jumlah pemulihan di Libya kepada 18,902 dan jumlah kematian menjadi 540.

Di Ankara, kes COVID-19 harian Turki meningkat sebanyak 1,427, menjadikan jumlah pesakit yang disahkan menjadi 317,272, kata Kementerian Kesihatan Turki.

Sementara itu, 68 orang mati dalam 24 jam terakhir, menjadikan jumlah kematian kepada 8,130, menurut data yang dikongsi oleh kementerian. – BERNAMA

Tags: Covid-19kematianseluruh dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd