• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Air: MB Mohon Maaf Pada Rakyat Selangor

oleh
07/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memohon maaf kepada rakyat Selangor susulan penularan gambar yang dimuat naik oleh isterinya, Datin Seri Masdiana Muhamad, kelmarin.

Menurut Amirudin, tindakan isterinya itu hanyalah bertujuan bagi menzahirkan penghargaan terhadap Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) yang menghantar bantuan bekalan air ke rumahnya.

Beliau berkata, bagaimanapun, perkara itu telah menjadi modal buat sesetengah pihak untuk menyerangnya.

“Tapi tak apalah, saya dan isteri mohon maaf dan harap perkara ini tak dipanjangkan.

“Beliau hanya nak sampaikan rasa gembira terhadap bantuan air yang diberikan Air Selangor, setelah seharian menunggu bantuan datang,” katanya selepas program Dialog Belanjawan negeri Selangor 2021 di Pusat Perdagangan Setia City, hari ini.

Sebelum ini, Masdiana memuat naik gambar menerusi laman sosial yang memaparkan sebuah lori tangki Air Selangor sedang menghantar bantuan di kediamannya.

Namun begitu, gambar tersebut mendapat reaksi negatif daripada segelintir pihak yang beranggapan bahawa keluarga Amirudin mendapat layanan istimewa daripada Air Selangor.

Susulan itu, Masdiana turut memohon maaf berhubung tindakannya itu yang didakwa mengguris hati rakyat ketika berdepan isu gangguan bekalan air di Selangor.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai perkembangan terkini gangguan air di Selangor, Amirudin berkata, sehingga pagi tadi, sekitar 97 peratus akaun pengguna telah menerima bekalan berkenaan.

“Bekalan air telah disalurkan lebih awal dari jangkaan susulan kecekapan kita menangani permasalahan ini dengan berkesan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: air selangorAmirudin ShariMasdiana Muhamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Program Pembasmian Kemiskinan Ambil Kira Pelbagai Faktor

Next Post

Pencemaran Sungai Gong: 2 Pekerja Kilang Direman 6 Hari

Related Posts

Pengguna Akan Terima Bekalan Air Secara Berperingkat Mulai Awal Pagi Esok – Air Selangor

Pengguna Akan Terima Bekalan Air Secara Berperingkat Mulai Awal Pagi Esok – Air Selangor

05/06/2024
1

SHAH ALAM : Pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula jam 3 pagi esok, selepas kerja penyelenggaraan dan penggantian...

PRK: Keluar Mengundi, Jangan Jadi Macam Selangor – Amirudin

PRK: Keluar Mengundi, Jangan Jadi Macam Selangor – Amirudin

03/09/2023
0

Johor Bahru : Pengundi di Parlimen Pulai diingatkan untuk mengambil pengajaran yang berlaku di Selangor apabila kehilangan majoriti dua pertiga...

Next Post

Pencemaran Sungai Gong: 2 Pekerja Kilang Direman 6 Hari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd