• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden Parapet: Tindakan Undang-Undang Akan Diambil

oleh
29/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam insiden parapet atau panel konkrit tembok sisi jambatan yang terjatuh dari struktur binaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pada 19 September lepas.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tindakan berkenaan akan diambil selepas laporan penuh kejadian itu diterima pihaknya.

“Selepas terima laporan siasatan penuh itu nanti, kita akan menentukan bentuk tindakan yang sesuai supaya menjadi satu pengajaran.

“Saya harap CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) dan DOSH (Jabatan  Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia) akan dapat menyiapkan laporan itu secepat mungkin,” katanya pada satu sidang media selepas melancarkan Pelan Strategik Jabatan Kerja Raya 2021-2025, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, mangsa seorang wanita berusia 25 tahun nyaris maut selepas kepingan konkrit bersaiz satu meter persegi daripada kerja-kerja pembinaan SUKE terjatuh menghempap kereta yang dipandunya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), mengakibatkan kereta berkenaan remuk dan wanita terbabit cedera pada tangan kirinya.

DOSH menyiasat tiga aspek membabitkan keselamatan, aktiviti pembinaan dan kualiti struktur binaan susulan insiden itu.

Siasatan itu dilakukan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 1994 (Akta 520). Selain itu, kerja-kerja pembinaan dihentikan serta-merta oleh pemaju projek, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) susulan kejadian itu. – BERNAMA

Tags: Lebuh Raya SUKERuntuhan konkrit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suke Mula Kutip Tol Tengah Malam Ini

Suke Mula Kutip Tol Tengah Malam Ini

14/10/2022
0

PETALING JAYA – Kutipan tol di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) akan dikenakan kepada pengguna bermula 12.01 tengah...

Kemalangan Akibat Berhenti Lihat Pemandangan Di Lebuh Raya SUKE

Kemalangan Akibat Berhenti Lihat Pemandangan Di Lebuh Raya SUKE

19/09/2022
0

AMPANG – Tindakan seorang pemandu memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan demi melihat pemandangan di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd