• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Individu Positif Covid-19 Tak Dibenarkan Mengundi

oleh
22/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pesakit Covid-19 yang menerima rawatan di hospital tidak dibenarkan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, namun tiga kategori lain pengundi dibenarkan dengan prosedur yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Terdapat empat kategori pengundi, yang pertama ialah pengundi biasa. Mereka ini perlu hadir pada waktu ditetapkan dan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) antaranya beratur mengikut jarak ditetapkan.

“Kita menggalakkan pengundi keluar mengundi pada waktu yang ditetapkan namun jangan salah faham, jika ada pengundi yang tidak boleh datang pada waktu ditetapkan, mereka boleh datang pada waktu lain dan dibenarkan mengundi, kita hanya menggalakkan bagi mengurangkan kesesakan,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata, kategori kedua ialah mereka yang bergejala, mereka ini perlu terus ke tempat mengundi dan akan dibawa ke tempat pengundian khas yang disediakan.

“Kategori ketiga pula ialah mereka yang masih dikuarantin, mereka ini dibenarkan mengundi tetapi mesti membuat permohonan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) supaya dapat ditentukan masa untuk mereka dibawa keluar.

“Kategori keempat pula ialah individu yang positif Covid-19 dan dirawat di hospital tidak dibenarkan keluar mengundi,” katanya.

Mengulas berhubung SOP ketika berkempen, Ismail Sabri berkata, bagi kempen rumah ke rumah hanya satu atau dua individu saja dibenarkan masuk ke dalam rumah berkenaan.

“Begitu juga kempen menerusi ceramah, SPR mencadangkan tidak lebih 30 individu ketika ceramah dilakukan.

“Sewaktu berkempen, SOP asas perlu dilaksanakan iaitu memakai pelitup muka, menggunakan cecair nyahkuman dan menjaga jarak fizikal,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19mengundiPRN Sabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

30/12/2025
0

KOTA KINABALU: Calon yang bertanding atas tiket BEBAS pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah 29 November lalu, Mohd Ismail...

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd